Yang baik perasan baik, yang jahat dok sakat yang baik |
Aku selalu mendengar falsafah di atas. Dalam hal orang Islam, kita diingatkan agar memilih kawan yang sesuai. Kalau kita berkawan dengan orang baik, besar kemungkinannya kita akan terikut-ikut dengan kebaikannya. Jika kita selalu lepak dengan orang yang kurang baik, memang kita akan silap-silap mengambil takhta kemangkukan kawan tu tadi (dengan mengumpat kawan tu, kononnya sebagai pengajaran). Jadi, peraturan asasnya ialah: pilihlah kawan-kawan yang berakhlak baik.
Pilih kawan anda |
Ada baik. Ada jahat. Tapi aku: BaHat |
Kawan yang dimaksudkan ialah orang yang kita selalu lepak dengan dia, samada atas pilihan kita atau ketentuan tuhan. Ada masa kita suka lepak dengan mamat ni. Ada masanya kita terpaksa. Macam kawan-kawan waktu bekerja. Dan tak semua kawan yang kita jumpa ni, baik-baik untuk kita. Ada yang memang lagi warak, alim, abid atau baik dari kita. Ada yang yang lagi mungkar, munafik, atau mangkuk dari kita. Diorang taktau. Mak pun taktau. Yang tau menilai hanyalah kita dan Dia. Sebab dia taktau nilai dia atau kita. Seseorang tahu nilai dirinya melalui feedback orang lain mengenai dirinya. Kalau kita tak bagitau dia, camana dia nak tau? Dan kita pulak, camana kita tau kita lagi baik dari dia? Kau kenal dia, ke?
Jadi, adakah kita kena berpuak-puak? Yang baik dengan yang baik jer. Yang setan dengan puak setannya. Yang nak berubah, terbiar sensorang. Akibat dari lanskap yang sebegini, takde sapa yang nak berada di zon 'nak berubah' tu. Mereka akan samada berada di zon 'baik' kalau harini duit cukup, dan hati lapang, tapi akan memilih untuk di zon 'cibai' bila duit takde atau semasa dalam keadaan terdesak.
2 comments:
Setuju dgn n3 ni
setuju tang mana tu?
Post a Comment