Wednesday, October 5, 2011

Abang Karkun sound aku



Apakah ertinya menjadi orang Islam? Apakah maknanya apabila kita mengaku Islam? Soalan bodoh dan mengundang pelempang kalau ditanya oleh seorang muslim kepada muslim yang lain. Soalan yang taboo kalau kau dalam UMNO, kata Abu.

Kebanyakan muslim yang dapat nikmat iman sejak lahir, selalu terlupa erti menjadi seorang Islam. Kerana mereka jadi Islam bukan kerana kehendak, tapi kerana keadaan. Apa yang kita kena buat ialah mewujudkan kehendak itu, agar keislaman kita, bukan sekadar cukup makan atau barely surviving, tapi satu pegangan yang utuh dan jitu. Sebab kalau tak, jangan sampai tuhan turunkan bala pulak nak timbulkan kehendak itu nanti.

Menjadi seorang Islam bererti kita akui bahawa tuhan itu satu dan nama Nya ialah Allah. Maka patutnya terdetiklah dalam hati dan pikiran kita ni, nak tau dengan lebih lanjut tentang Allah. Kita boleh tau benda benda ni dengan mendalami ilmu tauhid, nama nama dan sifat sifat Allah, apa yang Dia suka tak suka dan benda benda yang macam tu, lah. Dan bila kita dah tau sikit sikit tentang Allah, maka kita akan perlukan contoh atau role model untuk ditiru dan diikut sebagai guideline. Dan Allah dah tetapkan; icon tersebut ialah nabi akhir zaman, khatamul anbiya; Nabi Muhammad SAW.

Baginda tidak menyepak, tapi disepak. Baginda tak memarahi, tapi dimarahi. Baginda balas kutukan dengan senyuman. Baginda telah buktikan, bahawa kejujuran, amanah, rendah diri dan percakapan yang baik baik boleh ubah masyarakat, bahkan masyarakat yang jahil lagi.


Itu semua, baru cerita pasal orang awam punya level dalam Islam ni. Bagi yang memakai jubah keagamaan pulak, kewajiban menjaga imej agama yang dibawa amatlah mustahak. Setiap perkataan, perbuatan, walhal cara bercakap dalam henpon pun akan dipersoalkan. Lebihlebih lagi oleh sedara seagama, kan?

Sebab tulah Baginda SAW pernah pesan agar kita jangan berprasangka buruk sesama manusia (apatah lagi terhadap sedara seagama), dan elakkan dari buat perkaraperkara yang boleh timbulkan syak atau persoalan kepada orang lain. Untuk inilah kenapa kita kena selalu lebih banyak mempersoalkan diri sendiri dari orang lain, dan kena cari 70 alasan nak menjawab paranoia buruk kita terhadap seseorang yang lain.

Amatlah rugi andai kita, yang dah lahirlahir dalam iman ni, tak luangkan masa nak dalami dan amal semua ni atau berusaha nak capai tahap kesempurnaan sebagai seorang Islam, sebelum kita mati. Takkanlah dah 55 tahun idup atas dunia, nama malaikat pun tak lancar? Dan lagilah rugi, andai kita lebih banyak luangkan masa untuk jauh dari Nya. Atau sibuk mengadu domba serta matimati mahu menjatuhkan seorang Islam yang lain.

Baik kita pecahkan aje Kaabah tu, kalau kita terus aje cenggini.

Marilah kita semua clearkan cache dan tekan butang refresh semula. Semoga kita semua sempat, dan kesempatan itu membuahkan manfaat.


~Abang Karkun, 2009, serambi rumah Brader bus stand.

1 comment:

School Of Tots said...

Alhamdulillah kerana mencetus fikir pada apa erti menganut Islam? Sekadar adat atau ibadat? atau sekadar fatwa atau takwa? fakta atau auta? agar iman yg turun dapat naik. InsyaAllah.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails