Saturday, October 15, 2011

Obedient Wives Club (OWC) dan Permata yang Hilang

OWC : Dara Roh, Dara Akal dan Dara Fizikal
Obedient Wives Club (OWC) atau Kelab Taat Suami, memang dari mula lagi tak lekang dengan kontroversi. Kalau dulu, dorang ni dikritik atas sebab mempromosikan poligami, baru-baru ini, mereka bikin kecoh lagi selepas melancarkan Buku Panduan Sex Islam yang dengan kelakarnya diberikan nama: Islamic Sex, Fighting Jews to Return Islamic Sex to the World.


Bab mengutuk, serahkan kepada Malaysian
Mentang-mentanglah buku tu tak mudah didapati oleh orang ramai, media semua main kutuk je. Dari media barat, sampailah media Islam, semua memperkatakan point yang sama: buku itu menggalakkan sang suami, mengadakan hubungan kelamin dengan KESEMUA isterinya (OWC menggalakkan poligami), secara serentak. Point kedua ialah, dikatakan dalam buku itu, ada paparan yang lucah seperti cara mengusap buah dada isteri. Nak bagi impak lagi, dikatakan juga, OWC ni berasal dari Global Ikhwan Sdn Bhd, yakni serpihan dari kumpulan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia.


Ok, itu senarionya.


Sekarang, kita lihat realiti pula. Harus diingat, segala apa yang diberikan di bawah ini merupakan pandangan dan bukanlah HAKIKAT. Semoga dari pandangan ini, akan tercetuslah pandangan yang lebih baik, serta membawa perbincangan mengenai isu ini ke arah ilmiah dan akademik, bukan ke arah lucah atau melawakkan.
Najib jangan diikut....
Dia budak baik


1) Lelaki ada 1 nafsu, dan 9 akal. Perempuan pula ada 9 nafsu dan 1 akal.
Taktaulah benda ni betul ke tidak, tapi dari pemerhatian, nampak macam betul. Kenapa? Sebab pada asasnya, manusia bersifat 80/20. Yakni, manusia akan lebih menumpukan kepada yang kurang (20%) dan tak kisah dengan yang banyak (80%). Seperti juga seorang OKU yang sensitif akan kekurangannya, daripada fokus kepada kelebihannya. Jadi, dalam keadaan ini, si lelaki akan lebih fokus kepada nafsu sementara wanita pula, lebih fokus kepada akal. Di sini, menunjukkan bahawa, tumpuan lelaki yang utama ialah nafsu. 
"I want a lady on the street,
but a freak on the bed" - Ludacriz


2) Kelemahan lelaki ialah menahan nafsu terhadap wanita.


Statement ini macam tak betul tapi, sejarah menunjukkan inilah keadaannya. Nabi Adam a.s kantoi pasal Hawa a.s. Pembunuhan manusia pertama di atas muka bumi adalah kerana perempuan. Dan banyak kali pemimpin power-power yang telah menguasai dunia, dikalahkan oleh perempuan. Kenapa? Ini mungkin disebabkan oleh faktor pertama tadi. Lelaki lebih menumpukan kepada nafsu. Dan nafsu yang menjadi kelemahan utama seorang lelaki ialah nafsu terhadap wanita. Sungguhpun lelaki itu sudah ada isteri di rumah, tak dinafikan bahwa mereka kadang-kadang terbawa-bawa juga melayan perasaan melihat wanita lain. Lebih-lebih lagi, bila hubungan kelamin di rumah tak berapa meriah setelah kelahiran anak-anak. Atau si isteri tak lagi menjadi halwa mata kepada si suami.
Produk OWC:  Makin ramai anak-anak
yang berketayap dan bertudung


3) Nafsu sex itu biolojikal dan penipu


Unsur nafsu, tidak dapat dipisahkan dari insan. Jika insan tiada nafsu, maka dia ialah malaikat. Cuma Islam mengajar agar kita jangan tertipu dengan nafsu. Kerana ia suka menipu. Contoh paling mudah ialah ketika membeli juadah berbuka puasa. Masa memilih, nafsu nak itu nak ini. Tapi bila berbuka, baru minum air sirap bandung jer, dah kenyang dan muak. Kemudian kita pun membazir, dan pada malamnya kita menyesal. Tapi besok petang buat lagi. Samalah keadaannya dengan nafsu sex. Masa tak dapat, kemain lagi fantasi nak wanita yang berbadan cantik serta berpengalaman di ranjang. Tapi bila beraksi, baru dua kali dayung, daaah sampai. 
Dalam Islam, diajarkan untuk menjinakkan nafsu dengan berpuasa. Kerana selagi manusia itu makan, ia akan bernafsu. Dan cara mengelak dari ditipu oleh nafsu (atau apa saja), ialah dengan berilmu. Dalam kes sex, sang lelaki yang terkenal dengan ego ni, selalu menganggap mereka ni hebat di ranjang. Tak ramai yang mahu belajar tentang cara mengurus atau memaksimakan nafsu. Mereka taknak belajar tentang sex, bahkan menjadi syaitan sebagai guru pula dengan belajar sendiri dari internet atau 'kitab kitab lama'. Akibatnya, mereka selalu kalah sebelum si isteri bermula pun. Dan sebab mereka ni ego dan tak berilmu, mereka tak pedulik dah kehendak isteri mereka yang bernafsu 9 tu, lalu terus tidur. Ini adalah penderaan seksual malah kadangkala ia mejadi psikolojikal. Dapat pulak jika si isteri jenis yang tahu bawak diri. Tapi, seperti point pertama kita tadi, sibbaiklah si isteri menggunakan akalnya dari mementingkan nafsunya bila berlaku perkara yang tidak selari dengan kehendak mereka, maka kebanyakan dari mereka, hanya diamkan ajer benda ni. Macam-macam akibat boleh terjadi dan yang paling bahaya ialah, sex jadi hambar dan si isteri mula menyimpan dendam. Mujurlah stigma masyarakat melimitkan kebebasan seorang perempuan yang bernama isteri...
"Bosan? Jozan, adalaaa"


4) Lelaki mudah bosan


Lelaki ni, bila tak dapat, kemain lagi dia berusaha. Tapi bila dah dapat, jarang sekali dia menjaganya. Samalah halnya dengan sex.  Setelah beberapa tahun berkahwin, sex antara suami isteri akan reduce kepada sekadar mengawan. Sekadar nak keluarkan secangkir air tu ajer. Tak macam mula-mula dulu, di mana sex itu disertai dengan perasaan dan debaran. Dalam masyarakat barat, apabila hubungan kelamin suami isteri menjadi hambar, para kaunselor akan menganjurkan agar pasangan mencuba teknik baru atau pergi main kat tempat lain selain bilik tidur. Tapi sex dalam Islam ada adab. Takleh la nak ikut saranan Cik Steven atau Mr. Andrew tu. Kenalah ikut cara kita. Main kena dalam bilik, dalam keadaan yang terpuji. Bukan main kejar-kejar telanjang kat ruang tamu sampai terperanjat lak abang surat kabar lama kat luar tu.
Jadi, api hubungan kelamin antara suami isteri tu, kenalah dijaga agar sentiasa marak dan bermanfaat. Dan ia bukanlah tugas si suami atau si isteri sahaja, tetapi perlukan kiri dan kanan untuk menghasilkan tepukan tangan yang berbunyi. Namun, si lelaki akan tetap cepat bosan. Harap-harap, agar suami tu capai bosan bila dah tua dan dah takbley nak perform lagi. Kalau tidak, perangai bujangnya akan kelaur semula. Mulalah pakai alasan kesunyian la, isteri lebihkan anak (takde masa) la, dan efek kurang sex kepada lelaki adalah lebih signifikan dari efek kurang sex kepada wanita. Sebab utama ialah wanita dah training kat point ketiga tadi. Sebab kedua ialah point kedua di atas tadi yakni lelaki mudah kantoi dengan wanita.
Ayat-Ayat Cinta, Nur Kaseh, Tahadjud Cinta


5) Islam halalkan poligami


Penghalalan poligami dalam Islam, bukanlah ijmak ulamak atau qias dari perbuatan Nabi SAW. Ia adalah peraturan dari tuhan yang telah menciptakan manusia. Tuhan tahu lelaki memang akan memandang perempuan lain walaupun dia telah beristeri. Kenapa empat? Kerana ia adalah tahap normal keupayaan semua lelaki. Ada yang boleh handle dua, ada yang tiga. Ada juga lelaki yang boleh handle lebih, tapi rare. Aku taknak kupas apa kelayakan lelaki untuk berpoligami atau isu lelaki yang menyalahgunakan rule ini untuk nafsunya (see?, nafsu lagi). Yang aku nak fokus ialah impaknya kepada isteri. Sebelum tu, kita anggap, si lelaki berbini 4 ni, adil, hebat dan kaya.
Andai si isteri telah mengantoikan si suaminya bermain kayu tiga, ada dua jalan keluar. Teruskan atau tinggalkan. Tapi biasanya by the time lelaki buat hal ialah selepas ada anak, si wanita akan tertekan kerana  dia diselaputi emosi hinggakan terlupa akan pilihan kedua. Pilihan kedua ialah memberi kebenaran. Sebab daripada terus membiarkan suaminya merosakkan diri dan orang lain, baik susahkan hidup dia dengan mengizinkan dia berkahwin lain. Cuma kena ikat dia dengan kontrak bahawa jika isteri pertama rasa diabaikan, suami kena utamakan anak-anak dalam membuat pilihan (tersirat: utamakan isteri pertama). Dan bila perempuan tahu dia dibandingkan, yang ambik positif biasanya akan perform. Kita akan dapati layanan isteri pertama menjadi lebih baik dan istimewa, lebih-lebih lagi ketika di ranjang. Si lelaki pun syokla dan bila dia dah syok, kepalahotak dia takkan nak cari yang lain dah. Dan harap-harap by the time dia bosan semula, pistol dah tak boleh nak menembak atau dikeluarkan dari sarungnya lagi dah. Paham eh?




Aku ada 3 lagi point, tapi sebab pinggang aku dah sakit, aku nak menyimpul setakat apa yang dahada dulu. Kita berbalik kepada soal buku sex yang dikeluarkan oleh OWC ni. Sebelum tu, sapa yang tak pernah terrrrrrlawat/terklik/terdownload benda lucah kat internet? Pointnya disini, benda lucah amatlah mudah didapati di luar sana. dan ramai yang tertipu pastilah lelaki. Dan lelaki yang kuat melancap, lagi teruk dari lelaki yang curang. Sebab, kuat melancap ni, akan membawa kepada gay. Gay ni, diorang jadi cenggitu sebab kecik-kecik dulu (masa akil baligh), diorang kuat melancap. Dan orang yang kuat melancap, nafsunya sukar dipuaskan. Takde pompuan yang boleh puaskan dia. Tu sebab orang yang macam ni, bini dah empat pun masih menggatal lagi (well, mungkin juga sebab cukup/terlebih makan). Satu.


(Sekadar gambar hiasan)
Dua: Buku itu mengajar ahli kelab cara menikmati sex. Memanglah akan ada gambarajah. Mana lah nak paham kalau 'gambaran' itu diberi dalam bentuk 'tulisan', ye tak? Dan ia bukan dijual kepada awam. Ia adalah untuk ahli kelab. Secara teknikalnya, kitakan tahu OWC mendapat tentangan. Dengan cara buku ini, ia akan menambahkan lagi bilangan ahli kelab. Kat sini kita nampak yang orang dibelakang OWC ni, lagi bijak kepalahotaknya dari JIAS yang pergi tangkap Bob Lokman Atau Jabatan Kehalalan Makanan Melayu yang bertindak berdasarkan paparan kat #Aduan Rakyat . Ada sikit kesamaannya macam taktik yang diguna pakai oleh Mat Sabu pasal isu komunis hari tu...


Cuba buat ilustrasi cenggini.
Kelakar pun ada..hihihi
Tiga: Sapa tak tahu yang tugas utama seorang isteri ialah melayan suaminya di katil? Jaga anak, urus rumahtangga, masak, basuh kain baju, tu sumer kerja suami sebenarnya. Tapi sekali lagi sebab stigma masyarakat, si isteri lebih sinonim dengan segala urusan rumahtangga ini. Hinggakan dewasa ini, mereka terlalu letih nak melaksanakan tugas utama mereka. Bab ini, takde kena mengena dengan OWC pun. Saja jer cakap. Hehehe. Kasi hengat sikit kat para suami di luar sana. Bila kat rumah tu, jangan dok terkangkang depan tivi jer. Ringan-ringankan tulang tu ke dapur. Cuba buat. Silap-silap kang, ada plak yang main kat dapur tu. Haaa. Ni ada dalam OWC. Kahkahkah

Ini penghinaan terhadap MELAYU!
PERKASA kena bertindak!


Empat: Cuma aku tak tahan nama buku dia ajerla. Dan kalau betulla ada saranan suruh berjimak secara berjemaah tu, memang sakit arrr OWC ni. Bab ni, aku tak setuju dengan diorang. Tapi kalau betullah diorang ni ex Al-Arqam, aku tak nampak kelojikannya sect ini menganjurkan sesuatu yang outrageous dan jelas bertentangan dengan syarak. Aku saspek ini mesti kes macam statement pembangkang yang diputarbelitkan oleh media pro BN.


Lima: Pelik, kan? Padahal OWC ni niatnya betul. Caranya ajer yang agak kontroversi. Tapi satu dunia sudah kritik. Yang paling lantang ialah pejuang hak wanita dan NGO2 yang berlatar belakangkan sosialisme, liberalisme dan kristianisme. Pejuang-pejuang ni, tak puas main agaknya (maklumlah, asyik meeting dan choir jer). Ye lah. OWC ni nak setelkan masalah dalam poligami. Ni orang yang berpoligami ajer yang paham. Para pejuang hok wanita tak bertudung ni, memanglah tak paham. Orang Islam, kat rumah takde tivi, kak, bang. Selain anak-anak dan tahadjud, sex lah hiburan utama. Dan dengan buku ini, mereka akan bermain dengan ILMU. Kihkihkih. Yang akak pejuang beria-ria sangat ni, apasal taknak pergi kutuk/hina/buat press conference against lagu lagu lucah dan berbaur kepelacuran dalam industri kita ni? Atau pergi marah para artis yang semakin bogel? Atau bekerja dengan SKMM dalam mengawal katakunci lucah di google? Hah? Tak kurang ajar kalau aku katakan, yang menyalak ni adalah orang yang jin ya, lam ya, sin. Jeles. orang cakap A, dia paham A tanda.  Suka putar belit. Pada aku, dengan diorang nilah yang kita orang Islam kena hati-hati. Bukan OWC. OWC tak syirik, whaaat?


Enam: Buku Kamasutra, Permata yang Hilang dan Cara membuat Isteri Pancut yang boleh dibeli atau didownload oleh budak-budak takde pulak yang nak berpiket atau nak buat press conference mengutuknya, kan? Ini buku yang dijual kepada AHLIL saja pulak yang dikecohkan. Diorang ni, AHLIL ke? Hahahaha


Sekian dulu, aku mungkin salah tapi yang nyatanya, aku dah mengantuk. Pepehal, sila komen. Huarghhh.

1 comment:

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your payabesarpedas.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails