Monday, September 26, 2011

Palestin Mahukan Kerusi Tetap di PBB

Meraung ummat Islam satu dunia mendengar ucapan Mahmoud Abbas

Atan tengah layan twitter. Abu tengah layan FB. Abang karkun tengah Skype dengan sapa ntah dengan iPad dia. Brader bus stand aku nampak sedang bersandar di dinding serambi. Jemari kanannya menjentik untaian tasbih kecil yang semenang dibawa brader ke mana mana. Semua tengah komuniket. Bersosial. Aku ajer cakap sensorang. Cam sial.
Is he the new Yasser Arafat? Will we see peace this time?


"Dengar citer Israel sound tindakan keras terhadap PBB kalau Palestin mendapat tempat dalam badan dunia, tu" kata Abu tetiba memulakan suasana.

"Ye lah. Iktiraf kewujudan Palestin, maka on paper, Israel boleh dibawa ke mahkamah dunia atas perbuatan mereka"
sampuk Atan yang tak kurang hebatnya.

Pandangan tertumpu pada Abang Karkun yang masih berborak dalam tab. Dia buat isyarat 1Malaysia, menandakan dia 'pass' giliran nak bagi pendapat. Kami semua mengalih pandangan ke Brader bus stand. Tetiba aku mula terasa tekanannya.
There is only ONE God!
"Pintu Baitul Maqdis hanya akan terbuka untuk orang Islam, dengan kunci zikir" kata brader sambil melelapkan matanya, fanak dalam aktiviti menjentik tasbihnya. Aku makin cemas. Aku taktau apa isu dengan Mahmoud Abbas, PBB atau pintu Baitul Maqdis. Terasa bagaikan setiap mata kat serambi tu seolah memandang aku. Bahkan mata orang yang sedang ber Skype dengan Abang karkun pun macam memerhatikan aku rasanya...


"Eh, tapi kenapa Israel beria-ria nak besarkan jajahannya, ek?" tanya Atan memecah ketegangan mindaku. Ye tak ye jugak. Kita sibuk dengar Israel ambik tanah orang Palestin. Takkan tak cukup-cukup lagi mereka nak kuasai?


"Diorang nak prepare untuk peristiwa pembantaian Yahudi, nantik. Masa tu, semua Yahudi akan kembali ke tanah Israel menanti kedatangan Dajal" jawab Abang karkun yang agaknya dah habis bercakap. Sat lagi mesti dia bagi missi baru kat kitorang...Namun, sekali lagi, aku terasa pressure untuk menambah inti diskusi yang sedang mereka bincangkan...
Apakah yang akan Obama lakukan?


"Err, walaupun usaha Abbas mungkin tak bawa apa-apa perubahan segera, namun, tembelang Israel dan Amerika sudah pecah. Sekarang menanti masa untuk bau itu dihidu ke seluruh dunia" kataku tiba-tiba...


"Pelik? Patutnya inilah masa para NGO atau sesapa saja yang bermulut laser dalam Malaysia dan SELURUH DUNIA untuk buat demo atau perarakan mendesak PBB menerima Palestin, kan?" kata Abu menghangatkan lagi suasana. Atan bersetuju dengan Abu.
Pokok kayu pun ada pejuang, haknya...Palestin?


"Oh, biasa lah. Pejuang kat Malaysia ni pejuang kebangsaan. Bukan pejuang kemanusiaan atau keagamaan. Hahahaha" kata Abang karkun berseloroh. Kami semua ketawa sebentar kecuali Brader bus stand.

Dan malam itu biasa-biasa ajer beside ketegangan tadi...Phewww...

4 comments:

Pena Marhaen said...

"Oh, biasa lah. Pejuang kat Malaysia ni pejuang kebangsaan. Bukan pejuang kemanusiaan atau keagamaan. Hahahaha"


ayat tu memang tepat bro!hahaha..

aku setuju sangat-sangat.

Irwan said...

MAcam yahudi, kan?

abu idris said...


arrayah.info
- Kemerdekaan Hakiki dan Pembebasan Palestin Hanya Dengan Negara Islam Global iaitu Daulah Khilafah Islamiyah

Irwan said...

Ye lah kot...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails