Tuesday, June 14, 2011

Mengapa Kanak-Kanak yang jadi Mangsa?



Abu keluar dari surau. Atan dah menunggu kat luar. Abu lambat sikit sebab tadi dia ke tandas. Mereka berdua berhenti solat di RnR Seremban arah Selatan. Baru ziarah rakan mereka yang sakit di IJN. Abu mendekati Atan. Atan pula didekati oleh seorang budak yang menghulurkan kertas berlaminet padanya. Atan mengambil kertas itu dan membacanya. Kemudian kelihatan Atan menghulurkan sedikit duit kepada budak tu. Abu mempercepatkan langkahnya. Budak tu dah nak bla. Abu memegang tangannya. Budak tu terkejut.

Kemudian Abu menyeluk poketnya dan memberikan duitnya pada budak itu. Abu taknak terlepas. Takkan Atan jer menderma, dia terlepas? Ni lah perangai adik beradik ni yang aku suka. Diorang ni berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan.

Di kejauhan, gelagat mereka diperhatikan oleh seorang brader yang agaknya menunggu bininya selesai bersolat. Budak tadi pergi padanya. Brader tu baca kertas laminet budak tu. Budak tu buat muka seposen. Pastu brader tu tanya soalan macam-macam pada budak tu. Terkedu jugaklah rupa budak tu nak menjawab. Last-last, brader tu pulangkan kertas laminet. Budak tu berlalu. Tak perasan pulak brader tu menderma ke idak.


"Aku bengang betul dengan orang camni" mula Atan. Abu tak berkalih. Abu paham apa yang Atan cakapkan.


"Taknak derma, janganlah buli budak tu dengan soalan macam-macam. Ni dah tanya kiri dan kanan, lastlast satu sen pun tak kasi" kata Atan lagi.


"Sesetengah orang adalah skeptik. Elok juga tu. Check and balance. Kalau tidak kang, ramai pulak orang menunggu kat luar surau ni, kang" jawab Abu. Mereka berdua dah sampai port biasa kat belakang kedai makan. Abu menyeluk poketnya. Atan dah keluar lighter. Mereka berdua menusan.


"Takdelah. Dah tentu budak tu tak bersalah tentang kenapa dia sedang mintak derma, tu. Dia cuma menjadi mangsa kepada satu perkara yang berlaku sebelumnya. Jadi, aku tak nampak lojika kenapa nak interrogate budak tu lebih-lebih" sambung Atan lagi. Kuat jugak point Atan kali ni. Ada isik ke apa Nusan yang dihisapnya tu? Abu sekadar memasang telinga. Berkepul asap di belakang kedai makan, tempat parking lori.


"Kalau betul brader tu skeptik pun, dia takyahlah menghukum budak tu. Budak-budak pada aku kena dilayan dengan baik. Kita kena bagi tanggapan padanya bahawa dunia ni OK. Mereka sedang membesar. Ni kalau muda-muda lagi dah kena mental torture camtu, aku tak salahkan dia kalau dia jadi penjenayah dan bunuh orang kaya satu hari nantik" kata Atan lagi. Pergh! Marah benar bunyi tona Atan...



"Entahlah Tan, aku pun pelik kengkadang dengan kita ni. Kita terlalu cepat mengikut perasaan dalam hal agama kita ni, sedangkan pada masa itulah kita kena teliti dan belek halus-halus niat dan objektif kita berkata-kata..." kata Abu sambil menghembuskan asap ke arah lori yang baru masuk ke ruang parkir.

Atan terdiam menilai kedalaman ayat dari Abu...

2 comments:

Anonymous said...

oh. ini kisah slumcat millionaire versi malaysia..(takpakai dog pasal nanti kena samak. aha)'
worth of readings.

Irwan said...

thanks, anak Hatari...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails