Thursday, April 14, 2011

Atan Dan Abu (Cenconet 2012)



"Tiap kali pilihanraya jer, mesti ada cerita-cerita tak best. Sejak dari zaman Mahathir lagi. Bila lah politician Malaysia ni nak grow-up!"
mula Atan. Atan jarang marah-marah camni. Ni mesti faktor tengah bulan atau Atan sakit perut. Semalam dia mentekedarah durian banyak sangat. Brder bus stand baru balik. Beliau bawak berbakul-bakul. Nak jual, katanya.

"Biaserlah tu Tan. Dah crowd dia suka cerita-cerita gossip, sex, tahyul dan biol, maka itulah tools yang digunakan masa berkempen"
jawab Abu sambil sibuk menyenget-nyenget mengelakkan mengawal cenconet macam tupai dalam video game di TV. Sonic ke apa ntah nama tajuk game yang dia main tu. Tak berapa jelas dari sini.

"Takde ke manifesto yang memanfaatkan rakyat? Orang Sarawak takde masalah ke? Jalan tar semua dah cukup? Buku teks? Sampan?"
rungut Atan lagi sambil mengambil jostick player 2 game tu. Dia menolak Abu yang masih kusyuk mengelak-ngelak sesuatu dalam TV tu. Abu menambah frekuensi tekanan di joystick. Cenconetnya nak jatuh di tebing.

"Alaahh, rakyat pun tauuu..."
jawab Abu. Abu menyangkung pulak. Mata dia masih terpajak ke TV. Jemarinya berketap ketip memicit butang kat joystick tu. Sesekali dia menggerak-gerakkan kepalanya mengikut feel cenconet yang dimainkannya. Atan masih menunggu Abu mati sebelum dia boleh masuk. Ni bukan game kapal terbang boleh main masuk-masuk suka-suka. Ni cenconet 2011.

"Tau apa?"
tanya Atan nak nak mengalihkan perhatian Abu. Kasi dia cepat mati.

"Rakyat pun tau, apa manifesto pun yang calon cakap, bila dah menang, takde apa-apa yang berubah. Longkang jer yang tersumbat dek poster dan bunting yang lambat diangka,t dah tau musim hujan sekarang ni..."
kata Abu panjang lebar.

"Alllaaaaaaa...."
kata Abu. Dah mati agaknya cenconet kat dalam TV tu. Atan menekan-nekan butang joysticknya pula. Abu maih menganga menukar-nukar menu dalam TV. 2 player. Start.

"Bila kita pergi ceramah kempen mereka, kita bukan semakin paham akan keadaan rakyat di Sarawak. Kita semakin sama ada suka atau menyampah pada mereka yang bertanding ajer"
kata Abu menyambung.

"Itulah. Bila kita pergi mengundi, bukannya kita memilih dengan pemikiran yang betul dan perancangan dan pengetahuan yang jelas tentang perjuangan dan karakter calon yang dipilih. Kita main pangkah sapa yang belanja kita nasi lemak ikan patin masa kat luar pintu masuk kawasan mengundi, tadi"
kata Atan pula memfitnah.

"Takde bai. Orang Sarawak tak main tu sumer. Diorang main cash sekarang"
jawab Abu pula. Game dah start.
.
.
.


Lama mereka senyap.
Kat luar, hujan mula turun....

4 comments:

Pena Marhaen said...

politik malaysia makin kotor dengan isu dalam kain..

ahli politik sibuk berdebat tentang isu video seks dari berdebat mengenai keselesaan hidup dan kebajikan rakyat..

bilamana fenomena politik video 3gp dan lompat parti berlaku kita mmg dah boleh agak PRU makin hampir..hahaha

Irwan said...

PRU tengah tahun ni. Hebah-hebahkan!

Suruh parti semua check lokaliti kawasan masing-masing mulai sekarang! Jangan last minute baru nak kecoh, dah takleh buat apa-apa...

Jangan asyik lagging ajer macam sekarang.

Offensive sikit!

Mohammednajib said...

hahaha,yang dicari ialah pengundi yang mengundi untuk kesejahteraan rakyat,bukan mereka yang menabur wang dan janji,setuju Bro.....lamer x lepak blog kiter...

Irwan said...

Najib, kaulah yang tak update...Kau yang ajar aku banyak benda, last2 kau yang tak update blog

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails