Wednesday, March 16, 2011

Wali dari Bangi (Si Pemuda yang Extra Joss)




Cerita bermula dengan seorang akauntan muda. Dia dah ada kerjaya, kereta, simpanan, rumah dan seorang awek yang bakal diperisterikannya. Semua nampak macam according to plan. Makbapak, jiran, housemate juga suka dengan dia. Orang suka ajak dia pegi kenduri dan dinner. Dia cool. Sehinggalah si akauntan muda ini dilaporkan terlibat dengan tabligh.

pemuda itu dilaporkan mula ambil mudah dengan pekerjaannya. Dia kelihatan lebih banyak menghabiskan masa di surau bersolat sunat daripada berada di mejanya menulis sesuatu atau menjaga talipon. Berborak dengan dia pun dah semakin tak best di mana setiap titik butir yang keluar dari mulutnya ialah Allah dan Rasul saja. Rakan serumah juga merungut dengan mengatakan TV serta radio mereka sering sahaja rosak secara misterius setiap kali kehadiran si pemuda ini. Tapi sejak pemuda kita ni dah join tabligh, mereka semakin tak sebulu. Nampak batang hidung jer, ada je la call yang masuk, tweet, atau malaikat yang lalu. Pemuda kita ni bukan tak perasan semua tu. Bahkan dia tau. Jalan yang dipilihnya ialah jalan keseorangan dan mujahadah. Maka, makin menjadi-jadilah joss dia.

Mula-mula dia berketayap ke hulu ke hilir. Lepas tu semakin kerap berkemeja pagoda. Pastu kemeja dia dah ada zip kat depan. Seluar pulak makin kembang dan makin pendek. Mata dia pun nampak barai-barai, siap ada kesan celak. By this time, ke mana saja pemuda ni pergi, dialah yang jadi imam. Orang mesti pandang dia satu macam dan segan-segan. Ini memberikan pemuda ini satu semangat dalam perubahan baru yang dialaminya.

Bila semangat dari luaran semakin membara, pemuda kita ini semakin series dalam kepentablighan nya. Dia tak miss mesyuarat markas, apatah lagi malam markas. Pantang dengar ada ijtimak atau jorr kat mana-mana, kalau dia tak khidmat, mesti dia iktikaf sekali, punya. Hubungan dengan awek semakin renggang. Balik kampung jumpa makbapak jiran kengkawan pun semakin kurang. Kerja pun dah pandai lompang-lompang. Kehidupannya semakin terarah dan berputar di sekeliling jemaah tabligh. Tangga masjid atau serambi surau itu lebih selesa padanya dari tilam atau sofa. Makan dalam dulang itu lebih kenyang dari makan pakai pinggan.


Sampai satu tahap, semua itu dirasakan dah bagai rutin padanya. Dia mula rasa hambar. Kosong. Bukannya dia tak buat zikir pagi petang. Bukannya dia tak buat 2jam setengah. Bahkan 3hari setiap bulan dia pun dah berapa tahun ntah istiqomah tak putus. Tapi pemuda kita ni rasa kosong. Dia rasa hambar. Semuanya predictable. Dah tak fight.


Dalam kelompok jemaah tu, ada dikalangan mereka yang ikut tarekat. Mereka dah lama nak ajak pemuda kita ni join tarekat diorang tapi sebab pemuda kita ni selalu sambutkan takazah bagi pihak markas diorang, maka diorang takde lah kacau dia sangat. Tah camana lak malam tu pemuda kita ni boleh sangkut pulak dengan puak-puak bijik tasbih ni. Hujung minggu tu, pemuda kita ni akan join zikir mingguan mereka.


Sejak dari tu, dah tak nampak batang hidung lagi dah kat markas....



9 comments:

Muhammad Fahmi said...

bila kebosanan hidup tanpa semangat keikraman melanda...
blom dapat hakikat lagi ni...

azizulhakimmusa said...
This comment has been removed by the author.
Penglipur Lara said...

Semoga Allah kekalkan kita dalam usaha agama

Pena Marhaen said...

kadang-kadang memang susah nak istiqamah..

Ibni Hatari said...

usaha pilihan, bukan usaha kesemangatan...

Irwan said...

aku suka dengan Ibni Hatari punya komen..Benar...ia bukan pasal semangat..ia pasal pilihan..sebab tulah selalu doa, semoga kita semua sentiasa terpilih...

perintah berkurung said...

Antara harap dan takut. Harap semoga dipilih oleh Allah, dan takut jika usaha tidak diterima. Bila bila masa Allah boleh singkir.

Irwan said...

Nak diterima, dipilih, satu hal. Kepada yang banyak dosa, macam-macam dugaan mereka kena tempuhi sebelum betul-betul terpilih.

Bila dah terpilih lak, nak mendapatkan nilai ikhlas dalam amalan pulak. Mula-mula kita main buat ajer (amal tanpa ilmu)

Lepas tu kita mula amal dengan ilmu. Masa ni kena uji dengan riak, ujub dan lain-lain...


ujian dia sentiasa ada, hinggalah ke saat nyawa di tengkorok

Anonymous said...

Salah saya..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails