Tuesday, March 1, 2011

Wali dari Bangi (IPB or not to IPB)




Dulu-dulu, masa aku mula-mula ikut abang karkun, selalu jugaklah aku jumpa dengan kengkawan abang yang tanya kat aku:


"Bila nak keluar IPB?"
"Dah pergi Raiwind?"
"Dah salam dengan Maulana?"

Aku tanya abang karkun kenapa nak kena keluar 40 hari atau ke IPB (India, Pakistan, Bangladesh) untuk PAHAM usaha agama ini. Beliau tersenyum. Mungkin sebab dia nampak apa yang ada dalam hati aku. Atau mungkin aku takkan faham akan jawapan itu sebab keadaan hatiku pada masa itu.

Soalan itu terngiang-ngiang buat sekian lamanya sehinggalah haritu.


Dengan UFO yang kami salahgunakan, aku dapati kebanyakan tempat di IPB adalah tempat mujahadah. Kalau ingat nak pergi sana nak bersenang-lenang, maka kita akan kecewa. Kat sana, masyarakatnya hidup dalam kesederhanaan jika bukan dalam kedhaifan. Takde bangunan pencakar langit. Takde aircond. Ventilasi yang sempurna dalam ruang kediaman pun kira bertuah kalau dapat rumah yang bertingkap. Kat sana, usahkan nak makan, nak terberak pun kena pikir dua tiga kali. Tapi yang menariknya, orang di sana berakhlak mulia. Mereka memuliakan tetamu (walau tetamu ke negara mereka sekalipun). Mereka menggigit sunnah Baginda SAW bagaikan orang lapar yang menggonggong daging. Mereka berjemaah di masjid setiap kali mendengar azan. Pendek kata, ia adalah tempat yang sesuai sebagai latihan asas keislaman. Nak taknak kita akan di bogelkan daripada kelebihan dan kemewahan kepada keperluan kemanusiaan yang asasi saja.


Tapi aku pikirkan, bagaimanakah keadaanku nantik andainya aku sudah melalui semua ini dan perlu kembali ke medan mujahadahku? Bolehkah aku menyelamatkan diriku dari dadah dan racun yang pernah berjaya mengalahkanku? Terdayakah aku menepis sogokan ribuan ringgit yang disuapkan di bawah mejaku? Dapatkah aku menolak awek seksi yang menggatal denganku ini? Perlukah aku ke IPB lagi nantik?


Ah! Aku tak pedulik!
Semua ni kita citer balik nantik!







Saya sedia!!!

5 comments:

Dark Half said...

bukan ke kau dah keluar 40 hari? mungkin tempat2 seperti tu, kita akan lebih rasa rendah diri dgnNya. all the best, bro!

Irwan said...

nak kena keluar lagi dan lagi (sampai takde lagi)...


the rule is: jangan ingat dah OK bila dah keluar...Ingat TAK OK bila tak keluar-keluar, takper...

Al said...

manusia perlu sentiasa diperingatkan?

kan kan kan

Irwan said...

betul Al. AKU ni yang mengharapkan peringatan dari kamu semua...

Anonymous said...

Hello my friends! Who are you!?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails