Monday, February 7, 2011

Pengkritik Al Pengkomeni



Semua orang sibuk memindahkan rakyat mereka dari Mesir. Malaysia juga tak berkecuali. Tapi, apakah pegangan Malaysia dalam isu Hosni Mubarak ni? Adakah kita tak kisah dengan parti yang bakal memerintah nantik? 

Macamana dengan nasib pelajar yang kita pindahkan tu setelah semua ini selesai? Adakah hati mereka akan terbuka kepada BN (sebab sebelum ni, lepasan Mesir dichop calon pembangkang)?

Kenapa pulak restu Amerika yang mesti diperolehi sebelum bakal pengganti dipilih? Bukankah rakyat Mesir mahukan demokrasi?

Di satu sudut lagi, sampai bila kita nak bergantung kepada sumbangan dan derma dalam menghadapi masalah banjir? Tidakkah kerajaan patut lebih dewasa dalam hal yang lebih kerap dan pasti daripada sukan tahunan sekolah-sekolah ini?
Camana pulak dengan isu kemalangan yang tak habis-habis? Yang mati tu sumer berduit tu! Kenapa kerajaan tak buat ajer keretapi peluru dari utara ke selatan kasi senangkan orang yang balik kampung daripada menaiktarafkan keretapi setiap 10 tahun sekali? Kenapa kerajaan taknak naikkan taraf keselamatan kenderaan jalanraya macam negara maju macam spek keta Proton yang diorang jual kat UK?

Sebagai rakyat yang internet di hujung jari, aku boleh main kenapa-kenapa sampai kiamat. Memang best mempersoalkan orang ni. Memang best mengkritik orang. Tapi lastlast, marah camana pun aku, kritik berfakta camana pun aku, aku tau ia takkan mengubah apa-apa kat Malaysia ni.


Sebab aku sendiri pun tak dengar cakap orang.
Aku ada masalah dan kepala aku sendiri.


Adakah anda ada kepala anda sendiri?
Adakah kepala anda betul?

2 comments:

Dark Half said...

seorang cancer dikatakan ada ciri seorang kepala

tu pasal blog pun nak dilesenkan. kera-jaan dah x larat nak dengar soalan kenapa2 ni..sesak napass..jwp kantoi, x jwp pun kantoi

Irwan said...

kalau camtu, aku harap diorang teruskan sesak nafas sebab asap orang bakar diri akan sampai ke Asia Pasifik...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails