Friday, February 18, 2011

Kita, Mug dan Realiti (Azan; Iblis vs Manusia)



baca dari mula....

Jadi, adakah maknanya setan akan melarikan diri dari timur ke barat setiap hari, mengikut kemaraan kekumandangan azan? Benar. Dan inilah senjata utama orang Islam dalam mengawal kemaraan tentera Iblis dari mempengaruhi manusia. Sebab kalau nak harapkan bacaan ayatul Kursi kita yang compang camping ni, setan buat pakat gelak jer. Kalau nak harap kat zikir atau air zaffaran dari Tok Guru nak halau jin dalam badan budak ni, diorang ambik azimat tu dan teguk macam minum air sejuk jer, depan kita. Azan, on the other hand, kau sekadar niat jer nak azan, maka menjadilah majiknya. Tak kisahlah kau sebut "Asyhadu-anla..." ke atau "Asyhadu-Alla..." ke. Dan kau tengok bertempiaranlah mereka lari bila sebut "Haiya 'allassolahhh" tu...

Selepas azan Maghrib setiap hari, tentera Iblis berpangkat besar akan keluar turun padang. Mereka akan check anak buah mereka (setan berpangkat bawah sikit dari mereka) yang supervise aktiviti persetanan diwaktu siang hari. Bila semua KPI nampak OK, barulah mereka akan bergerak menyelesaikan projek-projek besar mereka macam menyesatkan si abid atau memperdayakan si alim. Bagi mereka yang mungkar dan munafik cam kita ni, diorang hantar RTM3, Asstru dan makan minum jer nak sakat kita. Bagi yang power sikit, mereka waswaskan atau larikan niat. Bagi yang dah memang kapir, mereka hanya perlu sustain. Dan semua aktiviti ini mereka lakukan pada malam hari. Bagi yang 50/50, mereka tidurkan cepat-cepat. Sebab tidur ni, dia macam makan dan seks. Lagi banyak kita buat, lagi banyak kita nak. Dan makin pemalas jadinya. Kat situlah tricknya. Bila manusia dah malas, mereka akan terdedah kepada kekecewaan. Bila kecewa, mereka akan tuding tuhan. Mereka akan berprasangka dengan tuhan. Dan pintu rahmat pun tertutup. Dan manusia sebegini boleh dipersesatkan mengikut kreativiti mereka...

Bila dah time-time nak Subuh, tentera setan akan makin ligat. Diorang tak macam manusia yang bekerja makin slow bila menghampiri waktu balik kerja. Diorang makin ligat dan bekerja dengan lebih stratejik. Secara umumnya, semua orang akan diperdaya untuk tidur. Tidur pulak dalam keadaan mungkar macam tidur dalam junub, tidur dalam hadas, tidur tak tutup aurat, atau paling dahsyat: tidur tak mengucap. Yang berjaga akan dihanyutkan agar tak ingat langsung kat Allah (buat entry blog misalnya) dan sehingga boleh mendinasorkan Subuh. Paling diorang bagi penekanan ialah orang yang beribadat kepada Allah. Bagi yang berhajat, mereka akan dihembuskan dengan api harap dan prasangka. Bagi yang baru nak belajar ikhlas, niat mereka pula yang akan dilarikan sebelum mereka disesatkan. Macam-macam lagilah.

Bila azan Subuh berkumandang, mereka akan bertempiaran menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam lubang tandas. Mereka akan lepak situ sampai azan habis. Bila azan habis, diorang akan keluar balik sambung kerja. Biasanya yang sambung balik ialah batch baru sebab batch yang sebelumnya dah luka-luka sebab terbakar dek azan tadi.

Dan inilah kerja mereka setiap hari. Dan tentera ini menyesatkan bukan di kalangan manusia saja, bahkan dari kalangan jin juga (kerana Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk manusia dan jin). Kerja mereka ini adalah sistematik, bermesyuarat dan menyeluruh. Dari awal kejadian manusia (masa manusia berjimak) sampailah ke saat kematian. Mereka juga ada kelebihan knowledge retainment sebab Iblis takkan mati sampai kiamat, berlainan dengan kita di mana otai yang berpengalaman dan sombong tu akan mampos dan bawak sekali segala ilmu kependakwahan dia masuk dalam kubur. Yang tinggal hanyalah kita yang baru nak belajar-belajar dan memandai-mandai ni tanpa guidance. Tambahan pula, lagi otai orang tu dalam imannya, makin dia menjadi seorang pendiam. Nak kena angkat tangan dan tanya setiap kali. Banyak tanya kang kena chop yahudi pulak. Nampak tak? Betapa mencabarnya nak jadi pejuang?


Jadi, dari sini kita dah boleh agak kerajaan Iblis tu kat mana. Biasanya kerajaan tu terletak kat kawasan yang tidak dijamah dek azan. Tempat faveret adalah sama ada laut atau padang pasir. Tapi sebab diorang juga benci dengan matahari sebab matahari mengingatkan mereka akan tempat kembali mereka (neraka), maka laut bunyi macam lebih relevan. Tambahan pula, pasir adalah simbolik kepada kewujudan manusia dan tentu Iblis yang ego tu taknak ada kena mengena dengan pasir.

Mesej kali ini bukanlah pasal si Iblis atau tentera-tenteranya. Mesej kalini ialah pendedahan kepada tersusun dan sistematiknya kerja musuh kita ni. Mesej kalini ialah agar yang kita yang dalam perjuangan ini (lebihlebih lagi yang) tua melayan yang muda dengan kasih sayang. Yang muda ni dah sah-sah memang terpengaruh dengan nafsu dan JOSH yang membara. Tertakluk kepada yang otailah nak menegur mereka dengan hikmah dan bijaksana agar yang keras tak patah, yang rapuh tak berderai. Hidayah itu milik Allah dan bukan semua orang yang terpilih untuk bekerja direct untuk Allah. Dan orang yang telah dipilih inilah yang kita kena jaga dan asuh mereka agar mereka jadi lebih hebat dan berkesan dari kita. Janganlah berprasangka atau memandang rendah terhadap mereka. Sebab kita kena ingat, MUSUH itu bukanlah mereka, atau orang yang akan kita khususi atau randomi sebentar lagi.

Musuh sebenar itu ada dalam diri kita sendiri!

6 comments:

sy!ka said...

betol tu kite slalu disesatkan oleh setan hm..o..lemah nye iman..

Irwan said...

tapi takleh salah mereka juga sebab yang buat pilihan ialah kita..

jika tidak, masakan kita yang dihumban ke neraka?

Adzrien Shoppe said...

kecik2 dulu bila azan maghrib je dah kalut masuk rumah. sekarang dgn maka bapak sekali boleh selamba makan kat restoran.

Irwan said...

siap komen lagi tarannum orang yang berazan tu salah (maklumlah, belajar sikit2 dari rancangan TV)...

bila dengar bukannya pikir nak solat, tapi pikir Ustaz Rabbani atau dok teka-teka betul ke Ramli sarip punya suara yang azan kat RTM3 tu lately?

haaaaa?

~* chirpy_chummy *~ said...

eh, ye ke sore ramli sarip? uik?

Irwan said...

cuba dengar betul2 (saya pun kengkadang jer terdengar bila lambat nak ke surau..)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails