Monday, February 21, 2011

Atan dan Abu (Masuk kandang kambing, mengembek?)


Di curi dari sini 



"Bang, camana kita nak approach orang masa kita buat random?" tanya Atan. Abu kat sebelah merenung muka Abang karkun dengan muka berminat. Maklumlah, ni first time diorang kena buat random dengan cuma mereka berdua. Biasanya ada aku dan akulah yang biasanya approach orang. Diorang ni biasanya jadi tukang tokok tambah jer.
Kalini, diorang yang kena approach orang...Hehehe


"Kita kena ikut rentak mereka. Kita kan masuk ke dalam ruang peribadi dia..." mula abang karkun. Aku pun memasang telinga walaupun aku pernah tanya benda yang sama kat abang karkun satu masa dulu...


"Kalau mereka ni budak muda, kita pakai style budak muda. Kalau mereka orang tua, kita hormati mereka" sambung abang karkun lagi.


"Tu tau. Tapi kengkadang tu orang tu agak ganas melayan kita lah bangg" kata Abu yang memang terkenal dengan barannya.


"Dengan orang camtu, kita mintak maaf sebab mengganggu dia dan beredar" kata abang karkun.


"Tapi tak nampak cam tabligh penakut ke nantik?" tanya Abu yang tak suka perkataan penakut itu dikaitkan dengannya.


"Kita jumpa dia bukan nak bergaduh atau apa. Kita nak sampaikan ajer. Dan kita sampaikan kepada yang nak mendengar. Tu sebab ucap mula lepas salam ialah mintak sedikit dari masa dia. Cam salesman buat tu. Kalau dia tak minat, no heart feeling. Kita move on to the next customer" kata abang karkun cuba melawak sebab Atan dan Abu kelihatan begitu serius. Tak pernah diorang serius dalam hal tabligh semacam ini. Mana diorang nak pergi random, ni


"OK. Kalau dia tanya soalan pelik-pelik macam makrifat hakikat tu, camana?" tanya Atan pulak.


"Tang tu, korang pelawa diorang datang masjid untuk membincangkan perkara itu secar ilmiah. Lagipun, itu ilmu tinggi. Kita bukan nak cerita pasal tu..." jawab abang karkun.


"Kalau dia taknak pegi masjid?" tanya Abu spontan.
"Kita move on to the next customer" kata Atan dan abang karkun serenak. Mereka semua tersenyum.


"Sebenarnya, bila orang yang kita jumpa tu series, kita series. Bila orang yang kita jumpa tu melawak, kita pun melawak. Tapi apa saja yang kita buat, kita mesti sentiasa cuba bawakan fikiran mereka dari dunia yang sempit ke akhirat yang luas. Kalau dia berhujah, kita tengok hujah dia jenis apa. Kalau hujah jenis AlQuran hadis, kita diam dan dengar. Jangan lawan ayat Al-Quran dengan ayat Al Quran! Kalau hujah jenis akal, kita lawan dengan hujah akal, camtulah" kata abang karkun.


"So, kalau nak panjangkan cerita dengan orang tu, maka kita kenalah banyak hujah dan banyak ilmu, ye tak?" tanya Abu.


"Ye. Tu sebab harihari kita dengar hadis melalui taklim dan muzzakarah adab di rumah" explain abang karkun. Atan dan Abu dah muka cam puas hati. Mereka terdiam cuba menghadamkan info yang abang karkun download pada mereka.


"Dan untuk lebih berkesankan lagi segala apa yang kita dengar tu, kita kenalah belajar cakap apa yang kita dengar tu. Itulah 2jam setengah. Betul tak bang?" kataku menyambung nak tunjuk otai kat budak dua ekor ni. Hehehe. Cam bagus lak rasanya..Hins-Hins.


"Lebih kurangla" jawab abang karkun macam tak berminat dengan remark aku. Cheisss!!


P/s: Mungkin berkat takwa si Atan dan Abu yang bertanya abang karkun pasal benda ni agaknya, petang tu diorang berjaya membawa 12 orang (pakcik, abang dan budak muda) datang join buat ghash. Pergh!!! I mean, Subhanallah!

4 comments:

Pena Marhaen said...

cara dakwah yang sempoi tapi penuh hikmah..

Irwan said...

kehikmahan inilah satu unsur yang sering dilupakan dalam kerja ini...


di sinilah kami menegaskan peranan otai-otai semua dalam membentuk bebudak cam kami ni dalam buat kerja...

Anonymous said...

MasyaAllah, seronok dpt baca satu ilmu dakwah n adab menyampaikan kbaikan dlm bentuk artikel yg santai.. Abg karkun tu memang hikmah dlm mnyampaikan lebih2 kpd org2 baru bjinak dlm dakwah..smoga Allah pilih tuan punya blog, pengomen blog, saya n sluruh umat utk buat amalqn yg mulia ini..
Nabi ibrahim as buat dakwah mcm ni sambil mgheret berhala2 ayahnya utk djual.. "Sapa nak kat berhala buruk yg takda kuasa langsung nih? Lalat hinggap kat dia pun tak mampu nak halaukan, camna nak bagi manfaat n mudarat kpd penyembahnya?, etc,"
Baginda as cakap pkara nih kpd setiap pelanggan, dr lorong ke lorong, gerai ke gerai, pintu ke pintu, sampailah satu masa seluruh org babylon pegi pesta n nabi ibrahim as ambik peluang pecahkan berhala2 sembahan kaumnya cuma dia tak pecahkan bapak berhala time tu. Nak pendekkan crita, Allah zahirkan qudratnya kpd nabi ibrahim as ketika dcampak dlm api, asbab amalan nabi ibrahim as buat dakwah sambil mngheret berhala..
Dlm dakwah amalan inila yg paling berat n nafsu tak suka, apatah lagi syaitan pun datang hasut kat manusia mcm2 perkara.. Tapi kita manusia nih tak penah pon komplen apsal makan beras hari2.. Yw Allah, alahai lemahnya iman..
Azam utk bagi masa 2.5jam kearah 8jam insyaAllah.

Irwan said...

terima kasih anon...pheww!! bopoloh den baco komen kau jang

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails