Thursday, February 10, 2011

Atan dan Abu (Heran tengok orang navigate Ubuntu)


Atan dan Abu tengah lepak tepi tiang masjid. Diorang tengah menyalahgunakan kemudahan Wifi dalam masjid untuk update blog, FB, tweet, dan layan segala benda Supernatural. Diorang di approach oleh dua orang budak omputeh berserban dan berjubah hitam. Janggut pun sebakul-sebakul...


"Assalamualaikum, brothers" kata yang tinggi sikit.
"Wa'alaikumussalam..." jawab Atan dan Abu buat muka ceria satu Malaysia.


"Are you guys online?" kata yang pendek sikit.


"We're using the masjid's Wifi" jawab Atan. Atan sedang belajar BI. Dia memang tak segansegan nak try ilmu baru dia dan membaikpulih mana yang perlu.


"Do you guys FB?" tanya yang sorang lagi. By this time, diorang semua dah cam pahampaham jer buat bulatan kecil mengadap laptop yang ditaruk atas kerusi lipat kecil. Abu cepat-cepat cover window-window yang berkenaan.


"The question is, do we update our status?" jawab Abu yang mula berpaling dan bersalam mesra dengan dua mamat ni. Mereka semua ketawa. Kuat jugaklah tapi sibbaik masjid tu besar, takdelah bergema sangat. Kedengaran bunyi pakcik sapa ntah terbatuk-batuk di kejauhan.



"Is it true that the revolution in Egypt was caused by FB?" tanya yang tinggi. Atan dan ABu berpandangan sesama mereka dengan muka blank. Manalah diorang ni tau tu sumer. Yang diorang ni tau: adab makan, adab tidor, adab masuk keluar tandas. Adab masjid pun kantoi. Nikan pulak nak pikir pasal revolusi...

"Why do you say that?" tanya Atan. Mamat serban yang kecik sikit tu dipersilakan menggunakan laptop. Beliau mula memposisikan diri, mencucuk pendrive, meng install something dan mula menguis mousepad dan menaip password. Laju gak mamat ni buat kerja. Dia pakai Linux Ubuntu agaknya. Macam main game lak dah aku tengok mamat serban ni kemudi internet. Kejap FB. Dia tuis jari, pegi ke blog. Dia tuis lagi skrin jadi kecik macam zoom dari jauh. Dah tu ada dua tiga window pulak yang tengah running 4-5 application dalam setiap window. Mamat tu ushar sesatu. Pergh. Menganga si Atan dan Abu walaupun dah sampai turn diorang sambung dialog lalu mereka berkata:



"Waaaahhhhh...". Mamat berserban tu berpaling. Dia melihat gelagat Atan dan Abu yang terpegun dengan cara dia mengemudikan laptop menggunakan OS Ubuntu. Tak linear dan kena klik detail-detail cam dalam Vista atau XP. Cam citer Tom Cruise yang precog tu pun ye gak. Cool ah. Atan dan Abu menghampiri mamat berserban tu. Cuak pulak mamat tu.



"I heard rumors saying that the revolution in Egypt was caused by FB and the internet" kata yang tinggi memecah suasana cam bangang.


"Really?" tanya Atan dan Abu yang sudah menolak mamat tu ketepi dan mula mainmain dengan laptop. Diorang cuba tuis-tuis kat mousepad tu dan cuba navigate thru the operating system macam mamat tadi buat. Mamat tu yang terjelepok sedikit dan ketawa dengan gelagat Atan dan Abu yang selamber dengan muker jeles mereka.

Dari jauh abang karkun dan brader bus stand mendekati jemaah mereka. Aku pun menutup laptopku dan mendekati mereka juga...






Hmmm...Adakah akan bermula?

7 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

pergghhhhhhhh..

Irwan said...

pergh ok ke pergh tak ok?

tapi wa cakap lu...

aku jauh ketinggalan dalam main komputer ni...

TRY LINUX UBUNTU weyhhhh

Dark Half said...

buntu tak? dulu ada member guna tapi aku tak explore sgt

~* chirpy_chummy *~ said...

'pergh' cun la.. pernah d pelawa utk d ajar ttg ubuntu 3years ago. tp time tu malas gler.. end up, x belaja pn ttg ubuntu. kah kah.

Irwan said...

yang coolnya, kita bley taruk dlm pendrive, dan have our pc anywhere we go. Just plug the drive in, auto install, and you have your own personalized pc.

Whatever you do or saved, can't be detected by the owner's system because all it registers in its log was just an app running in a separate window. This is how we suck the Bill out of Bill Gates...


Hahahahahaha

ririn said...

tumpang lalu... err.. mane sambungan citer ni.. blog awk ni mcm best lah..sy nk tande lah.. tp xbrape faham cerite nye..(ayat)

Irwan said...

cik ririn, cerita Atan dan Abu ada sambungan bila kat bawahnya ada tulis "bersambung".

kalau takde, maknanya dia habis sampai situ jer.

Nak tander? saya lebih rela jika cik ririn masuk pbp dari google. caranya ialah taip "payabesarpedas" kat google search tu dan voila!

hehehehe

selamat membaca!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails