Sunday, January 2, 2011

Interview dengan Wali


"Kau nak cari wali?"
tanya brader bermuka pelik. Dia pandang padaku. Aku rasa malu pulak mengongsikan isi hatiku padanya. Aku ingatkan sebab dia boleh baca pikiran, maka dia patutnya dah tahu kenapa aku begitu dan kenapa aku begini, Tapi tak. Atau, adakah brader bus stand saja pura-pura taktau sebab dia nak aku explain dengan lebih detail?

"...bukannya sepanjang masa aku dok nak baca pikiran orang, jer..."

"...aku cuma dapat tahu apa yang diberitahu padaku" kata brader bus stand menerangkan mekanisme karomahnya.

"Kenapa kau anggap abang karkun dan aku ni wali? Kitorang ni amalan pun ke tepi ke tengah. Nak jadi wali pulak...Hishhhh" kata brader bus stand lagi.

Aku pun taktau kenapa aku labelkan dia wali. Kenapa abang karkun aku anggap wali, aku dah clear. Kenapa brader bus stand pun aku anggap sebagai wali?

Yelah. Dia boleh baca pikiran orang.
Dia ada ilmu lipat bumi.
Brader takde kerja tetap, tapi aku tau dia mendermakan dua kampit beras kepada beberapa buah rumah selang dua hari sekali.
Dan yang paling penting: brader bus stand ilmu lipat bumi. Lagi gempak dari UFO abang karkun.

4 comments:

± said...

baca entry ni teringat siri heroes la pulak..memasing ngan kelebihan sendiri

aku penah jumpa seseorang yg digelar ustaz. dia boleh baca pikiran orang sebelum kita start cter lg.diorang ni berkawan dgn jin islam ke?

Irwan said...

jin pun takleh baca pikiran manusia, Dark oiii

± said...

abes tu, ilham datang direct dari Allah ke?

Irwan said...

setakat ni, itulah ajer explanation kepada semua misteri nusantara yang aku saksikan...

kalau nak diikutkan hati nak kaji sesatu, alamat tak berupdate la blog ni...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails