"Wan, Atan dan Abu, kamu ditugaskan mengumpul jemaah..." repeat suara abang karkun selaku ameersab marhalah. Walaupun aku sejadar nak mengkaji akan kewalian abang karkun, kadangkala aku juga terlibat dalam usaha yang dilakukannya. Aku pun tak tau. There's something about tabligh yang aku rasa selesa dengannya. Tapi yang nyata, sebab aku nak mendekati abang karkun.
Kami bertiga dalam sebuah kereta menuju dari rumah ke rumah mengikut list kami. Kami kena tasykil semu orang dalam list dan nak cuba bina satu jemaah solid dari marhalah kami. Brader bus stand biasanya kena khususi dengan abang karkun, tackle orang khawas yang terdiri dari golongan pensyarah dan manager kilang di sekitar kawasan bangi. Atan sebagai driver dan makmum. Aku sebagai mutakalim. Dan Abu sebagai rahabah. Bila sampai satu tempat, Abu akan bukak jalan, pastu passing kat aku. Si Atan pulak zikir dalam keta kalau perjumpaan kami tu sekejap.
Kembali ke topik, Abu selalu menegur niatku dalam usaha. Katanya apa yang kita buat, yang kita tinggal, yang kita pikirkan, semuanya kerana Allah Taala.
Atan pula menyampuk mengatakan bahawa itu tangga ikhlas yang tertinggi. Kita ni (merujuk kepada Abu, Atan dan aku) sekadar makam asbab yang kena ikhtiar dan kira OKlah kalau kita dah berada pada tahap beramal kerana nakkan ganjaran dunia.
Abu menjawab kembali dengan mengatakan bahawa sampai bila nak dok kat tingkatan tuu ajer? Dah berapa lama jadi orang Islam? Asyik nak beramal bila susah ajer. Dah ditimpa masalah, baru nak ingat tuhan. Dah bala barulah sibuk nak ambik air semayang. Ke hulu-ke hilir dengan ketayap. Buat muka sedih 24 hours.
Tah kenapa aku memandang muka Abu yang sedang bertekak dengan Atan tu dengan wajah yang terasa pulak. Nampaknya Abu cuba menyampaikan sesuatu. Memang benar aku sekadar beramal mengikut kemahuanku. Dan biasanya kemahuan itu datang masa aku susah. Masa tengah bulan nak nyampaikan gaji, misalnya. Atau masa duit tengah takde walhal baru duaharibulan.
"Hubungan dengan Nya kenalah sepanjang masa. Buka masa terdesak ajer. Barulah doa itu akan sentiasa makbul. Terutamanya masa-masa susah" Abu berceloteh macam biasa. By this time, kata-katanya bagaikan humming pada telingaku yang sedang hanyut dalam otakku yang bercelaru.
Aku masih dengan katakata Abu yang dalam perenggan tadi.
Kadangkala Abu bercakap macam rapper dari NY haritu |
Kadangkala, aku mahu Abu stop sekejap bagi aku paham perenggan yang sebelumnya dulu sebelum meneruskan perjalanan.
Tapi biasanya, aku tak berbuat apa-apa kerana aku tahu aku tak berdaya nak menghalang sesuatu itu hanya berlalu, walaupun ia baik padaku, kerana ketagihanku membuang masa.
Aku akan membuang masaku menikmati lalu cuba menghayati setiap butir dalam perjalanan yang aku lalui, hinggakan aku leka dari menumpukan kepada persediaan atau apa yang nak dibuat setelah aku tiba di destinasi, nanti.
Dan seperti kebiasaannya, seperti sekarang, baru aku mula nak berpikir, aku pun dah sampai.
Kami tiba di rumah pertama.
2 comments:
dah susah baru nak ingat Dia
ramai yg camni termasuk aku..dan masih tak serik2 lagi
itulah pasal...camana nak lari dari vicious circle ni, ek?
Post a Comment