Wednesday, November 10, 2010

Bahaya perut (peringatan agar menjaga makan 2)

...sambungan hari tu...

Sampailah petang hari kedua, salah seorang dari mereka mula terasakan balik kekosongan di perutnya. Yang sorang lagi pun mengaku dia rasakan perkara yang sama sejak malam tadi (sebab semalam dia tak makan karbohidrat, habis muak dok belasah cheese cake jer) tapi dia diam jer sebab tengok yang sorang lagi beria-ria. Maka mereka berenti sekejap dari beribadat dan memikirkan camana nak makan. Pikir punya pikir, apa yang terkeluar, balikbalik idea kena pegi tempat majlis semalam. Yelah, kat mana lagi yang diorang tau? Diorang kan baru turun?





Maka mereka pun kembali ke majlis. Kebetulan majlis masih berlangsung sebab orang Babylon duludulu kalau buat majlis biasanya tigaharitiga malam. Kalau orang kaya atau bangsawan, lagila. Mau makan free 7 atau 10 hari. Kenapa 7 dan 10, aku tak tahu. Tapi yang pentingnya sekarang, Harutwalmarut dah sampai ke muka pintu majlis. Sambil mereka mengushar dan plan nak makan makanan yang terhidang, mereka mencari-cari jugak tuan rumah. Ahh! Tu dia. Tuan rumah mempersilakan dua jejaka kacak yang misterius yang tak minum arak itu ke dalam majlisnya.



Tapi hari tu ada special event. Ada sesi karaoke. Setelah malaikat kita ni kenyang dan dok lepaklepak, karaoke pun dimulakan. Tangtang tulah si awek yang mereka ternampak semalam masa mereka dalam perjalanan nak taubat tu lah yang menyanyi. Mereka terpegun melihat lenggoknya, terbuai dek suaranya dan toyoyong dek seksinya. Masingmasing terasa ada benda yang mengembang dalam seluar tapi masingmasing cam cover-cover...



Dalam keasyikan itu, tuan rumah offer lagi arak kat mereka. Kalini mereka tolak dengan lemah lembut dan berhemah. Tak mengelintin cam semalam. Terus blar jer. Hidangan arak dalam mug yang nampak bergaya itu diletakkan di meja dihadapan mereka sambil awek di pentas dah nak mula nyanyi lagu yang kedua...Perg...Lagu dangdut gerudi plak tuhhhh...



Setelah tersedar, mereka rasa malu dan kecewa dengan diri mereka dan mereka kembali bertaubat dan beristighfar...Dan rutin lapar-cari makan-kenyang-bernafsu-kena hulur arak itu berulang selama beberapa kali. Mereka jadi famous sebab mereka taknak minum arak yang pada masa tu memang macam minum air suam.



Dipendekkan cerita, Harutwalmarut dapat kedudukan disisi raja sebab berlaku adil. Mereka dapat rumah dan sebagainya, maka takdelah bergantung hidup dengan pergi majlis keramaian yang tak putusputus tu ajer. Kita fastforward ke satu hari, mereka berdua kena handle kes si awek yang mereka pernah nampak kat majlis yang ada karaoke dulu.



First time mereka menerima kehadiran awek tu, dada mereka rasa macam nak terkeluar sebab berdebar-debar. Mata mereka menikmati setiap rupa bentuk awek itu, dan darah terasa berkumpul dan berdenyut-denyut kat satu tempat tu. Dapat lak awek tu offer ajak datang rumah sebab dia nak tunjukkan bukti dalam kes dia pulak tu. Dua malaikat kita yang tengah horny ni pun terus mengiyakan ajer. Benda ni tak pernah berlaku sebab diorang ni ada reputasi sebagai pengadil yang adil dan baik. Takde terlibat dengan maksiat, arak atau pecah amanah...



Sesampainya mereka di rumah awek, mereka dijamu dalam majlis private. Awek tadi menghidangkan arak kepada mereka yang dahagakan sesuatu itu. Mereka tersentak jugak, tapi sebab awek tu bukak tudung dalam rumah dia, dan denyutan kat tempat tu rasa macam nak meletup tiap kali tertengok cleavage awek tiap kali dia menuangkan arak. Awek tu menetapkan bahawa dia akan rasa ammmmmmat kecewa kalau mereka berdua tak minum araknya. Mereka dalam terketar-ketar meneguk jugak sebab kepala hotak mereka lebih memikirkan air yang dah naik daripada air arak yang dihidangkan. Setelah satu tegukan, mereka tak rasa apa-apa. Mereka fikir, mungkin mereka hero dan boleh tahan dengan kemabukan arak itu. Dapat lak awek ni racun-racun lagi sapa minum banyak akan tolong dia sediakan chocolate chip cookies instant yang ada dalam fridge kat dapur tu. mereka terus meneguk gelas demi gelas.



Masa mereka sibuk dilayan oleh awek itu, majlis private mereka diganggu dengan kehadiran seseorang. Orang itu telah melihat apa yang dua orang hakim yang dihormati sedang buat dengan seorang wanita yang separuh bogel dalam bilik yang tertutup dengan botol JD berselerakan di meja. Dua orang malaikat yang air naik kepala dan kepala pulak tengah sewel dek too much wiski telah bertindak dengan mencekik saksi tersebut. Setelah nyawa innocent bystander itu keluar dari jasadnya, Allah kembalikan kewarasan kepada Harutwalmarut kita ni dan mereka terbeliak.



Mereka tersedar bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan terhadap Allah. Mereka telah lakukan banyak kebencian Allah. Lalu mereka kembali bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Dipendekkan cerita, Allah beri mereka peluang nak disiksa di dunia atau di akhirat. Mereka tahu kalau siksa kat akhirat itu berganda-ganda lipat kesengsaraannya, maka mereka memilih untuk disiksa di dunia. Maka sejak itulah Harutwal Marut disiksa. Ada orang kata sampai harini. Ada orang kata mereka dah mati. Tapi kita kembali ke tajuk asal artikel kita pada hari ini:



Awasilah pemakanan kita. Berenti sebelum kenyang. Bukan selepas kenyang. Bukan selepas sendawa yang ke 5. Bukan bila lubang pusat tu dah terik dan nak duduk pun siksa.



Sebelum makan, selepas baca Bismillah, kenangkanlah sedara mara kita di utara dan seluruh dunia yang sedang kelaparan sebab makanan sedikit yang mereka dapat tadi terpaksa diberikan kepada anak-anak mereka...

3 comments:

Kemm said...

ada yang kata diorang nih masih lagi kena siksa, kat tengah lautan..

± said...

sedangkan ex malaikat kalah dgn nafsu, apa lagi manusia

Irwan said...

nak kalahkan nafsu, kontrol makan

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails