Kenal sapa-sapa yang wali?
Atau,
Anda mahu jadi wali?
Apakah wali?
Dan kenapa nak kewali-wali-an?
Wali band?
Wali Auta?
Di wali?
Anda ialah seorang wali jika anda buatkan orang hepi
Anda ialah wali jika anda pandai jaga hati
Anda ialah wali jika anda taat kepada ibubapa
Anda adalah wali jika di hati anda
Tiada apa
Melainkan DIA
6 comments:
Assalamualaikum, wah...gambar Syeikh Nazim Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani pun ada, Imran ni follow Tariqat Naqshbandi ke?
Bukan apa, hanya nak pesan, Syeikh Nazim Haqqani ini dah kena ban diMalaysia. Rujukannya:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani
ape cerita kena ban?
apa sebab?
zarch, thanks! great info! Mufti pun dah fatwakan rokok tu haram, tapi...ishhhh...
Kenapa sheikh di haramkan? Adakah sebab diorang umumkan ilmu yang sepatutnya berkeliaran di sekeliling inner circle (orang tarekat) ajer?
Anyway, kalau mufti dah decided, kita taat jer laaa...
suluk kat mana?
nak bersuluk senang jer dalam akhir zaman ni, brader segitujuh. Takyah nak cari gua atau lembah atau gunung untuk cari tempat yang sunyi.
Dok dalam masjid jer
Post a Comment