Sunday, September 19, 2010
Member aku komen pasal aku kutuk RTM3.
Masa Raya haritu, aku berjumpa dengan seorang teman yang telah mengikuti blog ini dengan serius. Dia tak berapa suka aku menghentam RTM3 sebab padanya, RTM3 adalah bagus. Dia bersuara dari sudut Melayu 1Malaysia yang mementingkan evolusi gaya hidup untuk mengikut perkembangan semasa. Aku gembira sebab Allah temukan aku dengan orang camni. Dapatlah aku pahala free. Tapi, aku kena hatihati sebab nak dapat pahala, kena ikhlas dan nak ikhlas, kita kena sentiasa check niat kita. Aku sentiasa check niat aku dalam berblog. Adakah anda berbuat perkara yang sama?
Kenapa kutuk? Takleh guna hikmah ke?
Point pertama yang digunakan adalah gaya penulisan aku. Dia sebagai pejuang hak Bahasa Melayu dan hak manusia bertamadun Sedunia menyuarakan ketidaksukaannya terhadap pendekatan dan gaya bahasa yang aku gunakan dalam artikel berkenaan RTM3. Dia kata bahasa pasar dan tona 'macam bagus' itulah penyebab utama yang menjatuhkan kredibiliti artikel RTM3 aku untuk diterima sebagai bahan ilmiah.
Aku kata aku pilih jalan ini kerana dalam dunia blog, berita mesti sensasi dan hiburan mestilah terkini.
Kenapa RTM3.
Dia memandang rendah spektrum skeptik aku yang memilih RTM3 sebagai target. Dia kata aku patutnya menegur jugak channel TV lain dan menambah ASSTRU jugak dalam senarai mangsaku. RTM3 dah banyak membantu polis, kerajaan, masyarakat dan DUNIA secara amnya dan aku tak patut menghukum RTM3 untuk kesilapan-kesilapan kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Dia kata aku ni murahan dan mengambil jalan mudah nak promo blog dalam Buletin Utama secara murahan.
Aku tanya kat kampung dia ada internet tak. Dia kata takde. Tapi TV; setiap rumah mesti ada. Mana yang takde, Bersamamu akan cari sponsor. Bahkan disetiap kedai kopi pun dah wajib ada. Dan bila pukul lapan, semua orang tengok blog apa? Bahkan bloggers pun tengok Buletin Utama, nikan pulak orang Felda Jengka. Dan kat situlah lubuk puaka...Hahaha
Kalau bagus sangat, apa cadangan aku?
Akhirnya dia tanya aku, apa yang aku akan buat kalau RTM3 di bawah aku. Dalam artikel aku pun takde cadangan yang konkrit yang boleh dipertimbang untuk diuji keberkesanannya. Dia cakap, sebagai rakyat 1Malaysia yang bertamadun, aku patut sertakan cadangan dan saranan kepada RTM3 dalam artikel aku, agar mereka dapat memperbaiki lagi mutu kerja mereka. Bukan hanya selar itu, kutuk ini tapi takde bagi pandangan apa yang diorang boleh buat untuk perbaiki keadaan.
Aku kata RTM3 kena membantu dalam mengawal masyarakat Malaysia. Ini boleh dilakukan dengan menggempakkan rancangan yang disiarkan pada waktu-waktu tertentu. Waktu-waktu siaran perlu disesuaikan dengan pola gaya hidup penonton RTM3 yakni rakyat Malaysia. Contoh macam menggempakkan rancangan yang disiarkan pada waktu prima agar orang tertumpu pada TV dari buat aktiviti luar yang tak berpaedah pada hujung minggu.
Kedua ialah dengan berperanan aktif dalam menyuntikkan semangat 1Malaysia melalui program-programnya. Jalan mudah untuk ini ialah RTM3 kena menunjukkan contoh serta memainkan peranan utama sebagai badan penapis dalam memastikan apa yang tersiar di ruang udara MALAYSIA adalah Islam-compliance.
RTM3 juga perlu memastikan setiap pendakwah yang keluar dalam rancangan Islamiknya adalah sunnah wal jamaah compliance. Dan penasihat syariah pula dipilih dari golongan yang warak dan bijaksana.
Dari sudut politik, RTM3 perlu mendapatkan atau memperbaharui respek dan persefahaman dari setiap parti politik dalam mengekalkan haknya dalam industri media. RTM3 perlu mengekalkan keneutralannya demi menjaga sokongan rakyat Malaysia terhadapnya dan ini takkan berlaku jika ia dikaitkan dengan mana-mana pihak. Kredibiliti RTM3 sebagai penyampai maklumat akan jatuh, dan ini membayangkan penurunan nilai saham. RTM3 perlu berdiri teguh di atas landasan neutral kewartawanan dalam menyampaikan berita yang terkini dan tepat. Tahap pemikiran orang Malaysia dah semakin bertamadun. Mereka sudah boleh membezakan yang mana satu berita, yang mana satu dakyah, yang mana satu iklan. Jadi, jangan tunduk pada sesiapa kerana kepala taik datang dan pergi tapi TV akan tetap berada di ruang tamu. Aku percaya, RTM3 sedang bergerak ke arah ini. Pesanku agar jangan terbawa-bawa atau terperangkap.
Lastlast, masa aku dah nak balik, aku baru perasan ada sticker MyTV3 club kat keta member tadi.
Patutlah beria-ia mendefend.
Labels:
Isu Semasa,
RTM3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment