Ramadhan baru 10 hari berlalu
Rasa macam takde apa yang baru
Aku kembali ke kehidupan lamaku
Bagaikan tiada apa yang kupelajari
Dari sebulan yang lalu
Kulihat LEBIHAN kurma di dalam kotak
Kupaksa sebijik,
Lidahku bagaikan menolak
Cepat sekali hilangnya sunnahku
Dalam dunia kepura-puraanku
Aku dah tak pasti Maghrib masuk pukul berapa
Atau Imsak harini habis time bila
Bahkan solat pun ikut suka makbapak
Akhirat boleh pause untuk dunia yang lebih mustahak
Dan aku tak rasa apa-apa
Bahkan dah 10 Syawal ni,
Aku tak TERPIKIR pun bila nak pegi beRAYA di rumah Nya.
Aku sibuk catchup dengan dunia
Yang kutangguhkan masa
Aku nak cepat balik kerja haritu
Nak beli juadah berbuka
Aku sibuk menampal lubang lubang
Yang ku korek demi menampal lubang
supaya masa Raya haritu
Aku nampak kembang
Dan tatkala tertekan aku lari
Menenggelamkan diri ke dalam air di kepalaku
Yang semakin melaut kerana takjaga makanminum
Akibatnya aku menjadi lesu
Dan semakin jauh tenggelam
Dalam ujian nafsu
Ku tuding setan
Ku tuding nafsu
Ku tuding kat tulisan di Loh Mahfuz
Namun,
Bila time berkumandangnya azan Maghrib
Terbayang wajah Allahyarham Ustaz Rabbani,
Hatiku sebak hingga air mataku mengalir
Ku ingin pulang Ya Allah
Ku ingin pulang ke pangkuan Mu
Bersihkanlah aku
Terimalah aku kembali
5 comments:
cuba letak gambo scuba menngis,lagi menginsafkan hahahah
nice one!
aku nak letak gambo PM menagis tapi takmau bersifat perkauman...
luahan rasa yg original dr diri sendiri bila baca, feel tu mmg lain..
aku percaya entry yg buatkan kita 'move' itu datang dari hati...dan aku sentiasa mencari entry sebegini..
bukanlah nak cakap entry aku yg di atas tu datang dari hati..ia hanyalah contoh...
;p
Post a Comment