Tuesday, September 28, 2010

Kita, Mug dan Realiti (No man is an island)


Manusia di akhir zaman dianjurkan agar berjemaah. Sebab bila manusia bersendirian, dia tak tau apa yang dia buat tu betul atau tidak. Sebab dah tentulah semua yang dia buat adalah benda-benda yang dia rasakan betul. Mana ada orang yang nak jadi tak betul? Mana ada orang yang nak jadi villain? Dan bila kita berjemaah, maka akan ada aktiviti tegur-menegur, ingat-mengingati. Kadang-kadang kita yang mengingatkan. Selalunya, kita yang perlu diingatkan. Sebab manusia adalah insan. Dan insan dijadikan penuh dengan kealpaan. Sebab kita ini one track mind. Kita hanya dapat fokus satu perkara dalam satu masa. Dan sebab kita ni alpa, bila kita fokus kat satu benda, kita akan sama ada terleka dengan benda itu, atau terlupa akan benda yang lain. Dan pendapat kedua itu bermanfaat bagi mereka yang ingin mengambil manfaat.

Orang yang nak maju sentiasa inginkan pendapat. Dia bukan tak nak dengar benda yang dia dah paham/laksanakan. Cumanya dia nak tau apa lagi yang dia kena buat untuk lebih maju lagi. Sifat ini dinamakan sifat suka belajar. Dan orang yang belajar, akan didedahkan dengan lebih banyak ilmu lagi. Itu sebab makin banyak belajar, makin banyak tak paham. Apa yang kita cuba pahami sebenarnya ialah realiti. Kenapa itu? Kenapa ini? Apakah mesej yang tersembunyi? Ada berapa ekor udang di sebalik mee? Dan akhirnya semua itu akan membawa kita kepada satu: kebenaran. Kebenaran itu pula akan membawa si pencari kepada Dia. Kerana semua ilmu datangnya dari Dia. Dan Dia dah aturkan bahawa semua jalan kebenaran itu menghala dan berakhir kepadaNya. Mungkin itu sebabnya saintis yang mencari kebenaran, akan berakhir dengan menemui Khaliq. Seraya menemui Islam.


Dalam hal kemajuan duniawi, tak payah lagi nak diajarkan camana. Dalam Al-Quran tak cerita pun camana besi tu boleh terbang. Tapi lastlast ada jugak kapal terbang. Yang ditekankan kepada manusia ialah kemajuan diri dalam alam realiti. Kemajuan rohani. Sebab maju camana pun jasad kita, kita akan tinggalkan ia juga. Yang dibawa ke alam seterusnya ialah roh kita. Contohnya baby yang dok dalam tembuni ibunya; untuk dapatkan baby yang sihat, kita kena pastikan tembuni itu cukup zatnya dengan menjaga pemakanan. Tapi yang kita nakkan bukanlah tembuni, tapi baby. Kira tembuni kepada baby ialah umpama jasad kepada roh di alam rahim.

Dan dalam menjaga roh di dunia, melalui Islam, Tuhan telah mengajarkan manusia agar berpihak kepada kebenaran dan kebaikan. Mungkin ini sebab kenapa orang yang akhir hayatnya masih bergelumang dalam maksiat, akan dibangkitkan dalam keadaan yang hina. Atau orang yang hina di dunia dibangkitkan dalam keadaan gilang-gemilang kerana rohnya sempurna. Sebab roh boleh rosak dek perbuatan kita di dunia. Dan untuk meneruskan perjalanan di alam seterusnya dalam keadaan roh yang tak cukup sifat, amatlah sukar. Contoh: orang yang mati dalam maksiat zina akan dibangkitkan dengan kemaluannya berjuntai hingga ke tanah. Bayangkanlah anda buat Kembara Mahkota kat Mahsyar dengan kemaluan yang cecah ke tanah...

Dan untuk memperoleh kebenaran dan kebaikan itu, manusia dianjurkan untuk berjemaah. Sebab dalam jemaah ada tegur-menegur. Sebab dalam jemaah ada perbincangan. Sebab dalam jemaah, kita akan ada kekuatan untuk mengubah sesuatu.

Wallahualam

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails