Wednesday, September 29, 2010

Isu sosilawati: dari sudut mahsyar (untungnya mereka berempat)

Aku seorang rebellious, dan seorang rebel takkan join team mainstream. Aku tak berapa suka sangat nak cerita pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 4 orang lelaki. Tapi sebab mainstream itu ialah jumlah visitor, aku nak cerita kat korang pandangan seorang payabesarpedas terhadap isu ini. Sebelum apa-apa, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada diri kita sendiri dan mereka semua. Al Faaatihah...[bssswwsssss shoh-sheh sssssss aaaameeen]. Ok. Kita mula.

Maha Hebat Allah Yang Bijaksana, Yang Mengaturkan segala-gala yang berlaku dalam realiti ini. Maha Suci Allah dari apa yang aku paham tentangNya. Aku berlindung dengan Ar Rahim atas kesalahan aku sendiri.
Gambar ini ditaja oleh pembunuh mereka berempat

Beruntungnya mereka berempat. Kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga Allahyarham yang lain. Kita berbaik sangka. Beruntungnya Datuk Sosilawati, yang tak bertudung dan ranggi semasa hidupnya, telah ada yang nak menanggungkan beban tu, untuknya. Mati dibunuh di bulan Ramadhan. Insya Allah, mereka juga mati dalam Islam. Kerana amat BESAR KEMUNGKINANnya mereka telah pergi dengan syahadah. Dapat pulak kematian mereka di doakan oleh sekelian orang Malaysia. Bahkan dilaporkan, orang-orang soleh pun ada yang telah datang menziarah. Kita kata mereka beruntung kerana, orang yang mati dibunuh, boleh claim sebuah redemption ketika di mahsyar nantik. Teruklah sapa mastermind, proxy, machai, dan orang yang tahu tapi tak buat apa yang sepatutnya, ketika main dakwa-dakwi kat alam akhirat nantik. Mereka berempat telah ada jalan ceritanya. Aku terpikirkan jalan cerita aku...

Kita kata beruntung jugak sebab asbab kematian mereka, sekelumit dari ekor kejahatan yang ada di Malaysia telah terbongkar. Kita dapat petunjuk kepada, rupa-rupanya, banyak lagi kes kezaliman yang dilakukan oleh seorang yang bergelar PEGUAM. Lebih menakutkan sebab si peguam tu, melakukan semua ini, bukan kerana dia didesak atau diacukan pisau dilehernya. Kita tak perlu menunggu keputusan laporan dari Polis dan AG untuk menyedari bahawa PEGUAM itu tadi telah menyalahgunakan ILMU dan KEPERCAYAAN yang diamanahkan kepadanya, demi menurutkan gaya hidup modennya; bergelumang dalam duit.

Ketahuilah; apa yang berlaku adalah peringatan akan sebuah keadaan semasa di Malaysia. Keadaan sebuah kapal. Keadaan sebuah dunia yang sedang menuju KIAMAT. Kejahatan itu bukan saja telah dibiarkan sewenang-wenangnya, bahkan telah dipupuk ke dalam masyarakat sebagai satu bentuk komersial; menganggap manusia sekadar nombor pengimbang dalam buku kira-kira mereka. Kita kena kembali kepada kesedaran yang menilai amanah, jujur dan bijaksana sebagai sesuatu yang berharga. Bukan pada berapa duit yang ada dalam akaun kita, atau kita bawak keta apa.

Kita kena kembali menilai diri kita dalam persediaan menuju alam seterusnya, kerana MASA sudah TIADA. Harini hari Rabu. Lusa Hari Jumaat. Kiamat boleh berlaku dalam sehari. KITA boleh kiamat dalam sekelip mata. Soalnya, kalau kita mati, lah sekarang ni, KAT MANA kita nantik ketika di mahsyar nantik?
Tapi cerita bukan stretfowed macam tu, brader. Kita kena lalui kubur dulu kalau Jumaat ni tadi bukan KIAMAT. Kena main kejar-kejar dengan Mungkar Nakir di barzakh...

Beruntungnya mereka berempat kerana semua yang di atas tadi telah terbentang untuk mereka. Telah ada yang nak menanggungnya. Tak kisahlah jika peguam tu terlepas dari hukuman mati empat kali, atau terbongkarnya satu konspirasi kapitalis di dalam menguruskan kepercayaan sebuah kumpulan. Itu hanya Allah yang Maha Tahu.

Yang pastinya mereka berempat memang beruntung.
Bersyukurlah.

5 comments:

Ezao' Edogawa said...

itulah segala dosa dtuk sosilawati ada yang menangung meskipun dia tidaklah sebaik2 umat ketika didunia.

dan akibat drpd kes ni jugak, byk kes2 yg lepas saling berkaitan . jadi kita yg msih hdup ni kenalah sentiasa beringat.

± said...

aku tak pandai nak komen tapi aku percaya setiap sesuatu musibah yg berlaku pada sesorang, mungkin adalah sesuatu yg terbaik baginya yang dirancang oleh Allah swt ke tasnya. Wallahualam

Sizzling Suzai said...

salam..

yup smoga apa yg anda rsakan dan juga saya rasakn ADLAAH BENAR belaka..amin...

Sampah Masyarakat said...

Yaa...betol, hari jumaat hari yang gembira bagi sesetengah manusia, hari yang menakutkan bagi sesetengah yang lain...errr cuma Hari Jumaat tu kat Malaysia ke? Hari Jumaat kat Luar Negara? Kita Khamis diorang Jumaat, Kita Jumaat diorang Sabtu, Diorang Jumaat kita Khamis....;)

Irwan said...

Kita dinilai pada Jumaat kita jer ler...Cik Sampah pikir dalam sangat tu..hehehe

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails