Tuesday, September 7, 2010

Aku benci Hari Raya Puasa (escaping the vicious circle)

Selagi takde yang berubah, selagi itulah kita terus berpusing
Bila dah dekatdekat Raya ni, salah satu gelagat yang tak pernah miss aku perhatikan ialah telatah ibubapa dalam mengajar anak-anak mereka. Almaklumlah, budakbudak kecik memang lasak dan nakal-nakal. Dah memang time dia. Cuma kenakalan dan kelasakan mereka ni, perlulah dipantau selalu oleh ibubapa, takut-takut mereka memudaratkan diri mereka sendiri. Macam kita kena buat mereka menangis semasa menghalang anak-anak kecil kita yang nak main dengan benda-benda tajam macam pisau. Atau membabab mereka bila mereka kurang asam dengan membuat rumah orang yang kita ziarahi ini macam rumah mereka sendiri. Atau meng grounded kan anak-anak kita yang dengan selamba keluar dengan jantan dan balik malam-malam dan ader kesan lovebite laktu. Dan telatah anak dan mak ini akan buatkan aku teringat...


Aku teringat masamasa mak aku merembat keting aku dengan tali pinggang sebab pergi mandi sungai dan balik dah senja pada hari mantai. Aku masih ingat lagi malam di mana mak menggunakan silent treatment yang membuatkan aku separuh saiko kerana bawak adik-adik aku jalan-jalan Raya kat KL tanpa pengetahuan beliau. Dan lebih-lebih lagi aku teringat masa aku kena mengaku aku bersalah sedangkan aku tak buat salah sebab tak tahan dengan cubitan mak aku yang mengesyaki akulah yang membuatkan lubang kunci kereta baru maklang tersumbat dengan sotong getah mainan KamKam pada malam Raya. Begitu juga dengan kehadiran Raya kali ini, ritual ini akan mem flashback kan dirinya dalam kepalaku hingga biasanya aku akan ada rasa kureng dengan mak aku dalam sistem pendidikannya terhadapku. Walaupun aku dah tua bangka dan dah bergelar bapak budak, dan patutnya halhal camni dah selesai dulu lagi, namun bila dalam hal hubungan dengan mak bapak, aku akan jadi bangang.


Pada makbapak kawan-kawanku, aku ini umpama anak mithali yang diidam-idamkan oleh semua ibubapa yang beranak. Akulah anak soleh yang tak pernah mereka jumpa sebelum ini dan mereka lega sebab anak mereka berkawan dengan orang yang rare macam aku. Aku basuh pinggan lepas makan. Bawakkan air teh ke depan dan lepak dengan ayah, borak pasal benda-benda yang menggempakkan ayah. Lepas tu, from time to time pergi ke dapur tengok mak buat apa, mana tau kalau-kalau boleh tolong apa-apa. Dan pada masa terluang, aku akan membuka buku-buku agama dan menelaah ilmu agama hingga aku tertidur. Itulah pandangan mereka padaku. Dan aku suka dipandang begitu. Dan aku akan berusaha agar perspektif mereka terhadapku kekal begitu. Aku pandai pulak talipon diorang kadang-kadang, saja bertanya kabar. Aku pandai pulak kadang-kadang datang menjenguk mereka sambil bawak buah tangan atau sebagainya. Tetapi bila dengan makbapak sendiri...

Aku tak boleh nak bertolak ansur. Aku takboleh nak leggo. Mak kena ikut kehendak aku, bukannya akuu jer yang asyik kena ikut telunjuk dia. Bapak yang perlu MENDENGAR apa yang AKU nak jelaskan. Bukan tindakan akuuu jer yang asyik dipersoalkan. Sampai aku naik rimas. Sampai aku automatik jadi rimas dengan kehadiran makbapak aku. Aku taktau kenapa aku jadi begini. Dan yang kagumnya, diorang akan maafkan aku. Akan tetap membacking aku, walau macamana screw-up pun aku ni. Tak macam aku yang konon nya berpihak kepada kebenaran yang akan menegakkan kebenaran walaupun hingga menentang ibu sendiri. Tak macam bapak aku yang akan selidik dulu cerita fitnah tentang anaknya sebelum buat apa-apa keputusan dunia akhirat.


Dan pada Raya tahun ini, aku nak lari dari vicious circle yang dok mengerumuni hidup aku sejak 24 tahun dulu. Hidup aku tak berubah. Aku nak berubah. Tiba time Raya jer, aku akan rasa cam cibai. Bila dengar lagu Raya jer, aku akan rasa macam nak keluar dan layan asap sambil bawak keta laju-laju. Tahun ni, aku nak betulbetul mintak maaf pada mak dan bapak. Dan pada Dia. Aku berdoa agar Raya tahun depan, aku tak perlu lagi menempuhi perasaan keseorangan dalam kecibaian sebegini lagi. Aku takmahu anak-anak ku menghadapi Raya macam aku.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails