Saturday, September 25, 2010

Abang Polis dan Budak HC 3


Entry ini untuk menjawab soalan cik Zona Indonesia. Tapi jawapan ini telah ditulis 20 tahun dulu. 

Oklaa…Biarlah aku menceritakan sinopsis komik ni seringkas boleh. Warning! Sinopsis dan komik ini saling melengkapi. Kalau baca sinopsis dulu, tak thrill la. Bacalah cerita penuh dulu. Baru boleh paham ringkasan dan teladan dan seluruh freaking message. Ni main baca headline jer, lepas tu dah anggap diri well-informed.

Abang Polis ni dah mati dulu. Dia bosan. Dia mintak teman. Dapatlah dia sorang Budak HC (hardcore). Dah memang tradisi, budak budak underground memang ada kureng sikit ngan polis. Bukanlah aku ni bias ke apa…Ia sekadar driving force aje dalam komik ni…

Kerjaya polis terdedah kepada rasuah. Ni bukan andaian. Tapi kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh kedua-dua pihak. Sorang taknak lepak jail. Sorang lagi cuma nak minum…Sekarang ni lagilaa..Usha orang buat salah. Pastu bila tahan orang, style cakap cam kita ni nak mintak sedekah dia. Pastu gertak orang suruh bagi rasuah. Bila bagi rasuah, dia tangkap lagi orang tu dan dia jadi hero. Pihak berwajib nak kena pikir balik system enforcement kita ni.


Abang polis mati masa gunfight walhal budak HC mati masa stagedive. Tak kiralah apa pandangan korang terhadap slamming atau pogo atau joget lambak, tapi aku harap, apa saja korang dah buat, kalau dah jatuh, dah sakit, dah malu, janganlah nak marah-marah kat orang sebelah…

Tentang fight dalam HC tu, tu cuma sarcastic remark untuk keadaan underground pada masa komik dikeluarkan.  Tapi memang betul pun. Bila kita dah paham mesej, jalan cerita dan apa yang sebenarnya berlaku, besar kemungkinannya kita tak buat apa2 pun selain menyambung perjuangan kita dalam hutan kapitalisme. Perghhh..

Tentang perbezaan pendapat terhadap drug abuse tu, ia lebih kepada trend pemikiran remaja sekarang vs trend norma (i.e undang2). Persoalan yang nak ditonjolkan oleh isu arak vs ganja ni ialah pasal kelemahan system undang-undang dalam demokrasi. Sesuatu tu dianggap salah jika termaktub dalam undang2. Undang2 pulak bina secara demokrasi. Kalau ramai kata ye, maka cucu cicit aku nanti memahami bahawa arak tu HARAM, bukan sebab ia beri kesan buruk kepada individu dan masyarakat, tapi kerana si penjual tidak memperbaharui lesen jual arak dia. Apa-apa pun, say no to drugs, alcohol and negativity. Katakan ya kepada kebaikan, kebenaran, toleransi dan setiakawan.

Last sekali, pasal tak boleh masuk syurga. Abang Polis punya nama takde dalam list. Tulah sebabnya dalam komik ni, sapa2 takde kaki, boleh masuk syurga. Macam kes abang Polis, last2 baru dia dapat pengampunan. Adalaa ideologinya, tapi hak pengampunan terletak di tangan Nya.


Aku harap komik ini menjadi teladan kepada semua walaupun tahapapa teladannya. Lanskap mahsyar dan setan penjaga syurga tu hanyalah kebetulan dan bukan menggambarkan hakikat sebenar reality ini.

Tak paham apa yang aku cakapkan? So ikutilah komik ni. 
Aku pikir aku hanya akan keluarkan komik on weekend so check it out...
Cover page Schizophrenic#3

2 comments:

± said...

pergh!! bergaya habis tu cover issue #3

baru aku paham knape abg polis tu jd hantu

aku rasa zine yg lama2 tu patut di'digital'kan balik cam kau buat skrg

Irwan said...

Kalau kau baca label introduction, orang2 cam kaulah yang menyebabkan aku berblog ni..dulu aku nak jual hardcopy jer...sekarang dah beranak pinak ni, malas nak main jilat2 setem dah...naik kebas lidah haku

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails