Wednesday, August 25, 2010

Prejudisma

Kita selalu membuat anggapan. In fact, lagi administrative jawatan seseorang dalam kariernya, lagi banyak dia buat andaian. Andaian itu perlu semasa membuat rancangan masa depan sebab tanpa andaian, kita taktau nak mulakan rancangan kita tu kat mana. Tapi andaian-andaian utama kita ni, perlulah disokong dengan data dan pemerhatian-pemerhatian yang secukupnya, bukan sekadar dari sebuah pertemuan yang singkat, atau mengenal seseorang atas nama jawatannya saja. Kita perlu mengenal seseorang secara individu. Atau dalam hal perancangannya: kita perlu selidik sesuatu senario itu dengan teliti dahulu, sebelum mengeluarkan sebarang hipothesis.

Namun kebanyakan kita, dalam usaha cuba memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya, cepat benar mengimani hipothesis-hipothesis singkat, hasil dari analisa yang cetek dan emosional. Akibatnya kita terdedah kepada prejudisme. Kita suka atau benci kepada seseorang tanpa usul periksa. Suka-suka boleh mesra dengan mat saleh yang dreadlock yang kita jumpa kat gig hari tu. Atau suka-suka menyampah dengan mamat tabligh yang memberi salam di luar pintu rumah kita ni. Kita terus menaakul perwatakan seseorang berdasarkan pengalaman-pengalaman kita dan menganggap kita dah ada database pengalaman yang meluas untuk berupaya membaca seseorang, walhal mamat yang sedang menulis blog ni.


Diri sendiri pun tak kenal lagi, dah sibuk nak melabel orang, Dah tu siap keluarkan statement lak tu...

Apalah salah kita ambil masa, dengar dulu apa yang mamat ni nak sampaikan pada hari ini, cuba memahami. Dari terus melabelkan dia tergolong dari golongan mana...

2 comments:

Linda2 said...

adoi...terasa podeh cili yang melekat di celah-celah gigi ini...ouch!

Irwan said...

tak poso ko?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails