Wednesday, August 18, 2010

Kita, mug dan Realiti (Kejadian aku 2.1)

Setelah kami menyatakan akan kesaksian kami bahawa Dialah Tuhan kami, aku pun dicubit dari kekamian yang satu, lalu menjadi keakuan. Maka segala takdir untung rugi nasibku telah ditilik olehNya dan kemudian, semuanya menjadi terang dan aku hilang dalam 'kecerahan' kasih sayang Nya itu. Sedar-sedar, aku adalah salah satu dari beribu-ribu sperma yang sedang berenang ke arah sesuatu.



Aku juga tak terkecuali. Seolah-olah ada yang ajaib di depan sana dan aku pun turut serta terdorong untuk terlebih dahulu untuk mengetahuinya. Semakin lama, kami semakin menghampiri sebiji bulan yang besar. Kelihatan kawan-kawanku yang dah sampai dipermukaan bulan, ada yang sedang menggerudi ganas untuk masuk ke dalamnya, ada yang macam dah pancit melepak isap rokok dengan kawan-kawannya. Aku juga rasa macam nak masuk ke dalam. Semangat ingin tahuku begitu tinggi. Sedar-sedar aku dah sebegitu hampir dengan permukaan bulan. Dan aku menanduknya dan bagaikan kepalaku terbenam ke dalam jeli yang lembut, aku terus tersedut ke dalam bulan. Dan segala-galanya indah. Selesa. Aku bagaikan tertidur dek keletihan kerana bertungkus-lumus berenang-renang nak sampai ke sini tadi. Aku rehat. Aku rilek.
Ada kalanya aku terdengar macam dengungan-dengungan yang berkata-kata padaku. Ada kalanya aku terlihat lintasan-lintasan cahaya. Tapi aku tak berdaya untuk berbuat apa-apa selain terus membiarkan diriku hanyut dalam tidurku. Keletihan itu masih terasa. Aku mahu tidur lagi.

Tibatiba ruang ini terasa sempit dan dah tak selesa nak tidur lagi. Aku berasak-asak dalam keselesaan. Dan dalam menendang-nendang tu, aku terjatuh dan rasa macam terbebas. Pandangan ini terasa terang sangat. Dan sejuk. Badanku terasa bagaikan dipegang-pegang dan ditepuk-tepuk. Aku takut. Aku sejuk. Aku pun menangis. Aku menangis sekuat hatiku. Kemudian terasa bagaikan aku berada dalam keselesaan semula. Tapi lain. Ini lebih selesa. Ini lebih...'mesra'? Sapa pulak yang menujah-nujah hidung mereka pada aku ni? Aku marah tapi sebab aku keletihan, aku tak kisah. Aku tak kisah ajer dipeluk dan diperlakukan. Yang aku tau: aku letih dan aku nak tidur.

Segala-galanya kabur sejak dari hari itu. Aku ingat-ingat lupa apa yang terjadi dalam kehidupan seharianku. Aku pun tak ingat bila saat mulanya aku mula sedar akan keakuanku. Bila tarikhnya aku mula tahu siapa aku, kat mana aku setakat ini, dan apa yang aku perlu buat lepas ni. Yang aku tau, hidup kat dunia ni satu perjalanan. Dan dalam perjalanan tu, aku kena buat tugasku demi meneruskan keterusan hidup spesisku. Aku kena melalui proses membesar, matang, kahwin, berkeluarga dan kemudian tua. Lepas tu baru mati. Part kahwin dan beranak itulah tanggungjawab aku sebagai manusia, sebab ini memastikan keterusan keturunanku. Memastikan sentiasa ada manusia atas muka bumi ini yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah.

Dan untuk kahwin, aku kena mampu. Bukan sekadar mampu membuatkan orang beranak ajer. Yang lebih penting ialah mampu untuk mendidik dan menguruskan anak-anak dan menjaga hati tukang beranak tu sekali, dalam memastikan semua hidup dengan harmoni. Macam kisah kehidupan Nabi Adam a.s dengan Hawa a.s masa mula-mula dulu laa. Dan untuk mampu menjaga keluargaku, aku kenalah mempersediakan diriku dengan pengetahuan yang berkaitan. Lama-kelamaan aku dapat tau, kalau nak tunggu mampu, memang takkan sampai. Apa yang penting ialah adanya mahu dan sentiasa berpegang kepada kemahuan itu. Barulah datang kemampuan. Dari situ, barulah aku mampu nak mengambil tanggungjawab untuk berkahwin.






Masa dalam menguruskan keluarga itu, aku belajar erti makna ketaatan, kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan, kepercayaan dan lebih-lebih lagi aku semakin menyaksikan akan kehebatan keagungan Penciptaku. Maha Rahmat Dia yang mengurniakan ku peluang untuk menyaksikan semua keindahan ini. Dan peluang ini ku gunakan untuk semakin mensyukuri dan memahami makna kejadianku. Barulah aku tersedar. Barulah aku terbangun. Rupa-rupanya aku masih belum lahir lagi ke dunia ini dan jika umurku ialah 80 tahun, aku cuma ada separuh lagi kredit nyawaku.

Dan dalam kekalutan itu, aku terkapai-kapai berusaha mengumpulkan pemahamanku. Aku kembali ke tempat masa aku mula-mula sedar akan keakuan ku, di permulaan perenggan kelima di atas. Dan adakalanya runtunan jasadku yang semakin meluput, melambatkanku. Adakalanya api sesalan kerana tidak taat arahan hati ketika mula-mula tersedar dulu, terngiang-ngiang di kala aku melepaskan lelahku semasa berusaha.

Dan dalam kebingungan itu, tibatiba semuanya menjadi gelap. Kemudian terang. Kemudian gelap. Kelip-kelip.

Tup-tup aku kat sini dengan Munkar dan Nakir.

"Kat mana kita tadi?"

2 comments:

Linda2 said...

love it!

Irwan said...

you love me or the article? hehehe

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails