Thursday, August 12, 2010

Atan dan Abu 1 (Cerita di waktu Maghrib)

Ada satu senja, Atan tengah lepak di biliknya main gitar. Tahapebendela si Atan ni main gitar time-time nak Maghrib. Dahlah lepak dengan berlenggeng dan berseluar pendek jer. Dah mandi ke belom tu? Abu ada kat sebelah, tengah pengsan kot?. Abu menebas semak kat kampung petang tadi, tu pasal dia letih. Atan layan kepala dia jer. Main gitar. Melalak-lalak senjasenjani.



Tibatiba kedengaran bunyi loceng dari jiran India sebelah menandakan dah masuk pukul 7 malam. Serentak dengan tu, bau kemenyan India pun mula menyerobos ke dalam bilik Atan yang kebetulan bersebelahan dengan bilik altar jiran indianya. Atan bukan tak biasa dengan bau-bau kemenyan dari rumah uncle timetime senja camni. Biasa dia buat dek jer sambil menonton cerita binatang kat TV1. Tapi harini, mood gitar Atan agaknya terganggu dengan bau kemenyan dan bunyi loceng dari jiran sebelah.

"Amendala orang k**ing seblah, ni" Atan menghentikan permainan gitarnya. Dia memuncungkan bibirnya konon terganggu laa. Abu yang kebetulan lebih terganggu dengan nyanyian Atan, bingkas bangun. Peluang ni tak boleh dilepaskann...

"Apsal?" usik Abu lagi.
"Senjerr je, mesti bunyi loceng dan bau setanggi k**ing. Asap dia banyak, lak tu. Naik pedih hidung aku" Atan mengembangkan hidungnya. Hidung Atan kelihatan berkilat dicelah cahaya senja yang menyinari dari cermin Nako. Abu tersenyum. Canteqq...

"Koman-koman diorang tu ingat gak kat tuhan. Banding dengan kau?" tembak Abu tepat. Atan terus bangun, mandi dan pergi masjid bersolat Maghrib.

Abu pulak yang masih pengsan...

3 comments:

hariz chacho said...

Aik? Apasal abu pulak yang pengsan? Kena tujal kat titik kelemahan oleh atan ke? heheh

Dark Half said...

cakap x serupa bikin kot
wallahualam.tukang cerita je yg tau hal sebenar

Irwan said...

Abu memang camtu...suka suruh orang, tapi dia sendiri yang hanyut..

dia cam aku gakla...cakap jer pandai...

tapi dia cakap berilmu..aku habuk pun tarak...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails