"Nak takbir pun susah..." |
Takde orang kudung main mercun ke, tahun ni? Mungkin aku yang tak baca sokkabar. Atau layan Buletin Utama. Biasa, sebelum Ramadhan lagi dah ada 2-3 orang kudung dek mercun buatan sendiri. Tahun ni dah 11 Ramadhan dah, senyaaap jer? Takde orang yang kreatif ke, tahun ni? Takde McGyver ke?
Ohhh..rupa-rupanya budak-budak tengah sibuk melayan internet. Ada yang menimba ilmu, ada yang bersosial. Ramai juga yang mencari rezeki dengan online. Tak lupa juga yang menyimpang dari niat sebenar. Pepaham jelah...Budakbudakkk.
Kalau dibandingkan semangat Raya zaman aku kecik-kecik dengan zaman bebudak sekarang, dah jauh bezanya. Serupalah macam kata-kata seorang datuk kepada seorang cucu yang dok rewind-rewind kisah keagungan hidup di zaman Jepun. Cara kita menyambut Raya dah berbeza. Kalau dulu, kita hanya perlu kumpul dua-tiga orang kawan untuk tong-tong minyak, kemudian keluar menyerang rumah member. Sekarang, kita kena buat appointment dulu sebelum datang beraya. Kena call dulu sebelum datang. Mungkin tu sebab zaman sekarang ni, masa Hari Raya, pintu rumah tertutup rapat dan seolah-olah mengandungi setan-setan yang baru terlepas dari dibelenggu semasa Ramadhan. Dibuka masa ada rumah terbuka jer. Kalau datang lain time, masing-masing sambut kita dengan seluar pendek dan muka toya jer.
Aku malas nak cerita pasal solat Raya atau aktiviti ziarah kubur. Dahla benda tu sumer buat setahun sekali, pun buleh misss. Muslim hamenda, camni...Dahlah..Aku nak layan emo malam ni....Dahla ada misi penting lak tu...Series-series...huh...huuh..
by Atan
10 Ramadhan, 11 pagi
No comments:
Post a Comment