Ramai orang tanya: apa itu wali? Wali ialah pembantu. Machai la. Pembantu kepada tuan la. Sebagai seorang manusia, kitakan ada ego. Tapi dalam ego-ego tu, kita pun akui kewujudan perasaan sebagai pengikut. Tapi seorang manusia yang ego, hanya akan mengikut sesuatu yang lebih hebat dari dia saja. Dan sebagai manusia, kita juga akui bahawa, takde sapa yang paling hebat dan sempurna dan baik dan CARE kita, selain Dia.
So, aku nak jadi wali. Aku tau, aku pernah jadi wali dulu. Sebab ada satu period masa tu, apa aku nak, aku tadah tangan je. Takyah nak asbab-asbab sumer ni. Tapi sejak 2010, keramat aku ni hilang. Dan aku tau, ni maknanya, aku dah turun pangkat. Biasanya, ni berlaku sebab aku dah ada buat silap. Atau tak jaga kebersihan. Hygiene. Zahir dan batin. Ni benda paling asas. Tu pasal dalam bab nak jadi sufi, kita belajar cara cebok yang sah oleh Dia dulu.
Aku nak jadi wali Dia. So aku kena baik. Lebih-lebih lagi bersih. Benda kotor takleh ada pada aku. Sebab mesej dari Dia datang bilabila. Aku kena sentiasa dalam hubungan dengan Dia. Barulah setiap perintah Dia untuk dunia ini melalui aku dulu. Hahaha. Dia tak perlukan aku sebenarnya. Aku jer yang terhegeh-hegeh nak kat Dia. Nakkan perhatian Dia. Sebab Dia ajer yang Matters. Dan Dia ada banyak aku-aku kat dunia ni. Dan aku nak jadi one of the few. Among thousands of thousands of rasuls of messengers of waliullah, etc...
Jangan salah paham. Jangan ingat wali kepada Dia hanya dengan melalui jalan amal dalam Islam. Yang penting ialah hak kemanusiaan. Pasal nak dapatkan rahmat Dia. Pasal tauhid. Amenda rahmat ni, aku pun tak tau tapi senang cerita, kira macam "kabel" la dengan Dia. Favor. Sebelah mata dengan kita. Hehehe. Bukan macam duit atau ganjaran ke sebab ganjaran ialah hasil usaha. Dia suka pasal siapa kita sebenar. Tu sebab agaknya ada orang jadi wali pasal kutip kertas tertulis "Bismillah..", atau pasal dia terus berubah bila mendengar sesuatu hadis atau ayat pada masa yang tepat, atau sebab dia bagi anjing kehausan sedikit air.
Aku tau jalan shortcut nak jadi waliullah. Join tabligh. Amalkan setiap zikir serta kau kena aktif dalam setiap program mereka, dengan pemahaman yang betul. Tabligh lah jalan tarekat yang paling ketat dalam pada masa paling sederhana bagi seorang muslim, dan paling appealing untuk seseorang yang baru nak berubah. Ia juga paling menjangkau segenap lapisan masyarakat jika dinilai dari segi line coverage. Kat mana-mana pun dah ada Maxis sekarang. Aku pun pakai Maxis. Tapi cakap camne? hahaha.
So aku dilahirkan, dan dibesarkan di tempat aku ni, dalam landscape sosial, politik, ekonomi, dan macamacam lagi ni. Dan aku nak jadi wali. Asbab pemerintahan Dia kat tempat aku. Dan aku rasa aku tau apa aku nak buat.
Pepehal kita minnum dulu. Hahaha.
No comments:
Post a Comment