Tuesday, May 4, 2010

Schizophrenic- Test

Salam kepada semua.
Aku cuba nak buat schizophrenic dalam bentuk blog, tapi nama ni dah diambil pulak. Jadi terpaksalah aku guna plan B iaitu menggunakan nama kampung aku kat NS tempat aku membesar dan merupakan tempat di mana semuanya bermula untuk kisah-kisah dalam schizophrenic. Tulah sebab kenapa nama zine aku bertukar kepada nama kampung aku pulak..

Malas aku nak explain apakah schizophrenic, apa kena mengena terma ini dengan seorang budak dari Paya Besar Pedas, NS dan apa yang aku cuba sampaikan melalui penulisan dan gambar2 yg aku letak dalam blog ni.

Dulu schizophrenic ialah sejenis zine (tanya budak2 UnderGround, apa itu "zine") dalam bentuk kertas A4 fotostat yg aku jual kat remaja2 keliru kat pintu2 masuk gig (lagi sekali, tanya budak UG apa itu "gig"). Ia tidak mengandungi sedikit pun pasal UG, tapi lebih kepada menggalakkan remaja semua buat sesuatu secara sedar dan bukan sekadar ikut-ikutan. Sebab dalam UG (aku percaya dulu) ada satu golongan "think-tank" yg betul2 risau dgn keadaan remaja, sosial, environment, lifestyle, muzik, etc.
Mana ada. Dah nama pun budak2. Ayat jer power, Sumernya nak bergaul laki pompuan. tu jer...

Kembali kepada topik, oleh kerana orang lebih suka membaca dot2 kat skrin komputer dari perkataan2 atas kertas, maka aku didesak oleh tekanan hidup dan adik aku untuk mengexploitasikan mastercopy zine2 aku dulu tu sebelum ia terdekompos atau menjadi rezeki lipas.

Motif aku harini ialah startkan blog ni. So aku dah start. So sekarang aku nak balik dulu, susun mastercopy aku tu dan pikir posting pertama aku.

Jadi aku harap korang terus kunjungi blog aku dan komen posting2 supaya aku boleh provoke korang lagi dan buatkan korang ketagih dgn internet dan blog ini.
Maaflah kerana guna bahasa rojak. Ia tidak menggambarkan akan ketinggian IQ, atau peribadi aku yg sebenar. Takper ah. Korang bukan pedulik pun.

Salam.

11 comments:

podeh3 said...

Salam.
Excellent choice...
The first touch.

esquare said...

ceritalah lagi...

esquare said...

bila next post nyerr...

Irwan said...

dah. terima kasih kerana mendesak. teruskan!!

azidi said...

camana nak join follower?kna create akaun blog dulu ke?

Irwan said...

terima kasih kerana datang. sila tekan butang follow kat atas sekali yang ada logo google tu

abu.mujahid said...

salam scub...

Well done on the birth of ur new blog.
Moga sharing nko bermanfaat.

Irwan said...

salam abu.mujahid,

terima kasih atas peringatan ini. tapi manfaat atau tidak, bergantung kepada Allah, saya takde kuasa.

Dari perspektif lain, seseorang boleh mendapat manfaat virtually dari apa saja yang dihadapnya sehari-hari, asalkan jiwanya sentiasa berada dalam taqwa (dalam konteks ini:merendah diri).

Sesuatu yang baik pada permukaannya, tidak semesti baik di dalamnya.

Saya cuba nak mengajar ni...hehehe

podeh3 said...

salam. good2.. just what i expecting from beginning. huhu..

Al said...

salam kenalan wahai incik munafik besar...

± said...

rajin kau terjah first entry scuba, Al.tp profile pic dia masa mula2 blogging nmpak innocent gila...haha

soalan cepucemas - ko mula join UG masa skolah rendah ke?kl x silap ada 1 entry ko n sorg mmber curik2 g gig tp aku x ingat sgt

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails