Saturday, March 26, 2011
Friday, March 25, 2011
Gila
Semuanya bermula dengan kejahilan. punyalah jahil sampaikan dia tak tau pun yang dia tu wujud. Sampailah ada yang tanya dia, nama dia sapa. Sejak dari itu, semuanya bercambah. Kejahilannya bertukar menjadi kekaguman.
Dalam kekaguman, dia mengekori gerak hatinya. dia ke kiri mengikut nada naluri, atau ke kanan menuruti lembah lojika. Setiap penemuan menambahkan lagi akan kekaguman. Petunjuk di sepanjang jalan, seolah-olah mengarahkan dia ke satu sudut yang belum dapat dikomprominya. Dalam ketertanyaan, dia meneruskan pengembaraan kekagumannya. Semakin lama semakin kagum. Semakin lama semakin dalam.
Apabila ditanya apa yang dikagumkannya, dia tak dapat menggambarkan. Maka dia pun mula belajar untuk cuba menggambarkan kekagumannya. Dia mula mendalami keterujaan dalam pengetahuan dan kefahaman. Maka semakin terbukalah hijab, semakin terasalah kehampiran, semakin bebaslah...
Namun, semakin dia rasa dia faham, setiap kali, pasti kefahaman itu mencambahkan kejahilan-kejahilan baru. sehinggakan ada kalanya penemuan barunya mendedahkan bahwa apa yang dia lakukan selama ini walaupun bukan salah, namun masih belum TEPAT. Tapi kesalahan itu juga adalah satu kekagumannya tersendiri. Dan ia berputar-putar begitu. Maka ini menambahkan lagi akan keka-kekaguman. Begitulah sedikit sebanyaknya...
Dalam kekaguman timbul keasyikan. Kepesonaan. Kelarutan. Dia hilang dalam keasyikannya. Tatkala dia kagum, dia lupa segala-galanya. Mana boleh begitu, kerna dia masih dibaluti dunia. Masanya masih belum tiba. Dan bukanlah si hamba yang taat andai meminta-minta dicepatkan, bahkan pula apa yang tak pasti lagi terbaik untuknya.
Maka ada masanya dia pasti kembali ke sarung duniawinya. Perlu makan, perlu rehat, perlu pengurusan. Tetapi ketagihannya dalam candu sufisma bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki secara klinikal atau psikolojikal. Sufisma ialah soal dia dengan Dia. Biarkan mereka. Kita uruskan saja, mana yang terdaya...
Kerna sampai masa, Dia pasti kembalikan dia kepada kita.
Untuk berkhidmat untuk Nya.
Bukankah ITULAH semua ini?
Mahu menjadi HAMBA?
Mahu kerja?
Thursday, March 24, 2011
Hai-Oh Hai
Hai Oh Hai,
Awan gelap sudah sampai!
Angkat kain yang diampai,
ketepikan ikan yang disalai.
Hai Oh Hai,
Camaner nak buat kerja?
Harga getah tengah beria,
Sapa sangka,
Hujan di tengahari pula.
Hai Oh Hai,
Apalah nak jadi hai.
Anak muda lepak bandar
Padahal kerja kampung tak sempat nak ngular.
Hai Oh Hai,
Aku dok ngeluh napa la pula?
Bukannya tak sihat; seluruh kuderat,
Bukannya sembab; kata nak work smart.
Apasal masih dok terpisat-pisat?
Hujan biarkan turun.
dah tau kan hujan,
Kenapa tak bawak raincoat?
Alur pokok getah, kan boleh cover dengan zink? Bekas getah kan boleh cover dengan plastik? Takde alasan nak lepak-lepak! Takde alasan nak borak-borak. Hujan, akan turun jugak. Perut yang dah berbunyi ni, takkan nak isik dengan kerak?
Hai Oh Hai,
Ada pulak
yang kan makan
penyepak.
Interview dengan wali (menjaga kebersihan-hati)
Sebagai orang islam, kebersihan itu mustahak. Dari bersih dari menjaga terkena percikan air kencing pada seluar, sehinggalah kepada kebersihan rohani. Kebersihan luaran boleh dikesan dengan bau, warna atau rasa. Kebersihan dalaman, orang kata, boleh dilihat dari perbuatan dan tutur kata.
Dan pabila tanda-tanda orang yang kotor hatinya itu mula kelihatan, haruslah seorang muslim itu bermuhasabah sama ada dia melakukan amalan pembersihan harian yang wajib, seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam.
Misalnya berwuduk dengan sempurna sebelum solat menghilangkan dosa kecil, pahala mendirikan solat serta bacaannya mengimbangi dosa-dosa lalu serta memperbaharui syahadah. Kemudian dalam sehari dianjurkan membaca sepuluh potong ayat Al Quran sebagai makanan harian kepada hati. Ada yang yang lebih taat menjadikan YAsin, Waqiah, Sejadah dan yang satu lagi tu sebagai bacaan wajib dalam sehari. Siap Qadak-qadak bacaan, ni...
Dalam seminggu pula yang lelaki diwajibkan mendengar khutbah takwa di masjid. Dalam setahun, semua orang seolah-olah kena reset dengan solat sunat Aidil Fitri.
Zakat membersihkan harta. Begitu juga derma, sedekah. Berkongsi dan bekerjasama juga diterima sebagai cara mentarbiah nafsu, membersihkan akhlak. Berkongsi kepedihan juga cara membersihkan hati. Mengunjungi hospital semasa kita sihat dengan membawa buah tangan, misalnya.
Dan setelah diri itu bersih, wangi, bersikat, jagalah ia sebaik mungkin. Kerana tak tahu lagi sama ada kita sempat atau tidak untuk mandi pada pagi esok nantik. Bangkitlah sebentar membersihkan diri. Berwuduklah.
Dah alang-alang, tu, sujudlah sekali, sepam dua.
Bukan selalu...
Wednesday, March 23, 2011
Pengajaran dari keluar tabligh
Aktiviti pentablighan dari luaran memang nampak cam simple. Nampak cam memainn jer. Cam takder penghayatan keimanan langsung. Sambil dengar taklim buleh bertepuk tampar atau jawab tweet. Masa tengah khususi lebih macam borak kosong. Dan masa-masa terluang masa keluar 3 hari umpamanya, kalau bukan sebab duduk dalam masjid, memang series rasa keluar tu macam keluar gi camping jer. Kejap-kejap, makan. Kejap-kejap aktiviti. Namun setelah berkecimpung dalam aktiviti ini sekian kalinya, serta bergaul dengan orang yang berupaya membimbing serta bersabar dengan orang yang banyak tanya cam aku ni, maka aku dapati keluar tabligh adalah latihan prektikel yang paling ketat disiplinnya yang pernah aku alami.
Aku akan sentuh beberapa aktiviti utama saja yang dilakukan masa keluar tabligh tu. Kalau nak ulas setiap saat, series aku cakap aku terpaksa buat satu lagi blog nak cerita pengalaman keluar tabligh ajer. Tapi tu dah kira cam cuba nak menerangkan sedapnya rasa durian lah. Atau umpama nak terangkan wanginya bau bunga ros. Sampai bila pun tak abis.
Benda yang paling basic masa keluar tabligh ialah style duduk dan mendengar. Ada masa kita duduk santai. Ada masa kita duduk formal. Duduk formal ni untuk dalam majlis macam bayan atau taklim atau mesyuarat. Duduk santai pulak ialah time-time selain dari yang tadi. Kedua-dua ni ialah style duduk kat lantai. Skil duduk bersila lelama ni amat penting sebagai seorang Islam sebab kalau kita series nak belajar Islam, kita kena selalu dok dalam ceramah dan berada dalam keadaan bersila. Jadi, skil-skil duduk sunnah ni amatlah mustahak. Pada aku. Nak duduk mengangkang tu memanglah boleh, tapi kita keluar tablighkan nak belajar-belajar hidupkan sunnah? Kita pushlah diri nak hidupkan dalam sunnah masa 72 jam tu. Dan skil duduk ni amat penting. Camana skil tu? Haaaaa....
Benda basic kedua ialah skil berdiri. Budak tabligh akan berjumpa dengan orang. Dan bila berjumpa dengan orang, maknanya kita biasanya akan berada dalam keadaan berdiri. Skil berdiri sambil bercakap dengan orang atau di khalayak ramai, ada bezanya dengan style berdiri masa mendengar orang lain bercakap. Gerakan tangan, body language, sampai ke kening pun amat dititik beratkan. Bila kedua-dua skil berdiri dan duduk ni dikuasai, skil tahan menguap dan mengantuk pula akan turun secara laduni.
Masa bermesyuarat, kita dilatih untuk mengatakan usul atau hujah kita dalam bahasa yang formal dan sopan. Disamping itu, adab mesyuarat juga menekankan konsep tekan nafsu dimana usul orang lain mestilah dilihat lebih bernas dan baik dari usul kita yang perlu lebih diteliti dan diperhalusi takut-takur dek usul kita ni, jemaah pulak yang akan dapat susah. Kengkadang tu, kita memang positif bahawa idea kita ni memang berkesan tapi sebab amersab dah putuskan, kita kena belajar taat. Taat jer satu hal. Nak jaga ketaatan masa melihat apa yang kita khuatirkan tu berlaku, tu satu lagi hal. Dan soal menjaga ketaatan dan kesetiaan kepada keputusan mesyuarat adalah satu nilai murni orang Islam yang aku lihat semakin munafik dalam diri aku dewasa ini. Maka aku kena selalu letakkan diriku dalam mesyuarat.
Masa bayan pulak, kita belajar dua aspek. Aspek mendengar dan aspek berkata-kata. Masa berkata-kata (membayan), kita kena fokuskan kata-kata kita kepada yang benar dan ikhlas saja. Kata-kata yang bercampur-baur niatnya, hanyalah kata-kata yang kosong. Tahan nafsu dari nak bercakap benda yang walau bermanfaat, tapi di luar dari 6 point. Dan apa yang dah dikata, kenalah kota. Jangan cakap benda yang tak buat, atau tak buat benda yang dah cakap. Tu sebab agaknya ada kriteria tertentu sebagai pembayan. Takdelah nantik pembayan dilaknat dek apa yang dikatakannya dek kelemahan amersab mengenal jemaahnya.
Masa khidmat paling banyak perkara yang dapat dipelajari. Khidmat ialah menjadi orang belakang tabir yang menyediakan makanan, tempat rehat dan solat, menjaga imej jemaah yang datang di mata qariah tempatan, serta yang jadi sekuriti. Jangan ingat bila khidmat takyah ambik bahagian dalam program jemaah. Taklim kena pegi. Mesyuarat, bayan, ghash, kena sertai disamping bertindak memastikan para jemaah takyah runsing pasal mana nak makan, nak tido nak bermanusia atau sebagainya.
Haduiiihh. Sakit pinggang lak aku dok menaip benda ni. Aku rasa aku nak berenti sampai sini je lah dulu. Kalau korang nak tau lagi apa benda yang bestnya keluar tabligh ni, korang keluarlah tabligh.
Series best! Wa cakap luuuu...
p/s: Aku rasa kita kena budayakan soalan ini: "Sudahkah Anda Keluar, Bulan ini?"
Tuesday, March 22, 2011
Atan dan abu (supernatural nights- Media Prima Bastard)
Aktiviti mingguan kami selama ini ialah bertandang kat rumah Brader bus stand untuk tengok cerita Supernatural. Walaupun RTM3 dah ganti slot itu dengan cerita Fuhh!, kami tetap juga meneruskan aktiviti memekak kat serambi rumah brader ni. Cuma agendanya dah jadi lain. Agenda Supernatural akan disambung minggu depan di mana si Atan akan bawak semua siri SuperNatural season 6 yang akan habis di download. Malam ni, agenda kami ialah borak kosong.
"Amender, la RTM3 gi tukar citer Supernatural dengan Fuh! Aku dari takde paper dengan Awal Ashaari, sekarang dah naik meluat pulak tengok dia, hisshhhh" kata Abu menghangatkan keadaan.
"Nakwatcamner? Dah RTM3 tu stesen TV free. Dia buat apa saja yang dia suka, la. Lainlah itu stesen TV bapak..." katakata Atan terhenti sebab abang karkun dengan Bang Ali baru sampai. Sejak kehadiran Bang Ali dalam jemaah kami ni, abang karkun biasa keluar buat misi dengan beliau ajer. Kami macam semakin terpinggir. Well, sebenarnya aku jer yang rasa macam tu. Atan dan Abu cam tu jugak menyetannya. Brader bus stand dalam saliknya. Aku jer yang tahapahapa. Padan muka aku.
"Assalamualaikummm" salam trademark dari abang karkun dengan 'kummm' tu panjang sikit. Dah dekat 2 bulan aku tak jumpa dia. Abang karkun nampak cengkung. Bang Ali pulak yang nampak makin berisik. Masa kami first time bertemu dengan Bang Ali dulu, beliau kurus. Lagi kurus dari aku. Atan menyambut plastik buah tangan dari Bang Ali. Kami semua bersalaman. Bang Ali dan abang karkun (aku dok berabang-abang ni, dah macam orang Brunei la pulak) buat pusingan nak salam semua orang sebab kami semua dok nyandar kat dinding. Masa abang karkun salam aku, mata kami bertentangan. Tibatiba aku rasa macam nak nangis, sayu umpama seorang anak kecil yang bertemu dengan bapanya yang baru pulang dari kerja. Aku terasa macam air mata mula nak berlinang. Pang!
Hinggap satu pelempang lembut dari abang karkun. Aku tersedar dari kebanganganku dan cuba mengcover air mata yang terpercik di pipi. Bila aku dah settle, baru aku perasan kat mata abang karkun pun berlinang jugak.
Haritu abang karkun dengan Bang Ali sambut takazah dan kena ke Mesir dengan tergesa-gesa. Baru dua hari balik dari ijtimak Tongi, dia terus ke sana. Senyap. Pastu brader pulak ke sana. Dua hari lepas tu, brader balik. Ben Ali tumbang. Tapi brader muka sayu. Abang karkun tak balik-balik. Sampailah malam ni aku baru jumpa dia dan Bang Ali. Haaa. Bang Ali? Bang Ali, aper cer?
"Bang Ali, aper cer?" kataku pada Bang Ali setelah kami semua settle down di tempat duduk masing-masing. Kedengaran soalanku umpama dijawab oleh bunyi plastik buah tangan yang sedang diselongkar oleh Atan dan Abu. Mereka terhenti setelah menyedari kami semua sedang memerhatikan gelagat mereka. Mereka meneruskan keselongkaran dengan slow sedikit.
"Abang Alhamdulillah. Korang camner?" jawab dan tanya Bang Ali. Kelihatan abang karkun bangun menuju ke TV.
"Makin lemah, la bang. Sedang kritikal pun ada" jawabku sambil tarik muka series sayu. Abang karkun menge-on kan suiz TV dan mengambil remote. Dia melambai-lambaikan remote kepada Atan dan Abu. ATan dan Abu buat muka tak heran sambil membahagi-bahagikan penemuan mereka dalam plastik tadi.
Brader bus stand pun keluar dari dapur membawa dulang dan jag berisi air nescafe O panas. Ada juga semangkuk air basuh tangan. Aku menyambut dulang itu. Brader bersalaman dan berpelukan dengan abang karkun. Brader salam dengan Bang Ali. Brader duduk di antara ATan dan Abu dan merampas plastik.
"Itulah. Aku pun tak paham apa yang sedang berlaku, ni" kata Bang Ali lagi. Bang Ali ni peramah jugak orangnya. Aku ingatkan orang-orang terpilih ni semuanya kena pendiam belaka.
Abang karkun kelihatan menge on-kan TV prepare nak tengok cerita SuperNatural. Oh ye! Abang karkun tak tau lagi yang SuperNatural dah takder agaknya. Aku nak usik dia...
"Bang, abang asyik keluar sambut takazah ni, mesti iman meningkat gila babeng, punyer, ye tak?" kataku memulakan.
"Patutnya. Tapi tak tau lagi. Kenapa?" jawab abang karkun sambil menukar-nukar channel kat TV. Lepas tu dia turun naikkan volume. Lepas tu tukar-tukar kaler dan brightness. Naik sawan aku dibuatnya.
"Sebab SuperNatural dah takder. Dah ganti dengan cerita pasal artis" kataku dalam nada mengusik. Abang karkun tersengih, tak percaya dengan kata-kataku. Dia tekan info, nak tengok intisari rancangan selepas ini. TV brader ada Astru. Astru boleh tengok info.
"Ishhh, biar benar.." kata abang karkun tak percaya. Dia letakkan remote dan menyelongkar mencari buku guide bulanan rancangan TV di Astru. Senyap sekejap. Brader bus stand dan Bang Ali dok geleng kepala melihat gelegat abang karkun macam tak percaya dengan ketiadaan rancangan TV kegemarannya.
"Tidak! Tidak! Tidaaaaakkkkk!!!!!" jerit abang karkun macam orang histeria, tak percaya cerita SuperNatural kegemarannya dah takder. Kami ketawa berdekah-dekah.
"Jaga iman-jaga imannnn" kataku sambil tunjuk kat jantung abang karkun. Abang karkun mencekak bajuku macam orang gila.
"Media Primaaaaaaaaaaaa Bastaaaaaaaaarrrrrdddddddd!!!!!"
Labels:
Atan dan Abu
Sebelum aku Mula,
Ya Allah, Tuhan yang Satu,
As Somad tempat mengadu,
Al Wahab tempat berharap.
Dengarlah permintaanku
Yang meminta-minta tanpa malu
Kerna siapa lagi yang mahu mendengar?
Selain Mu?
Ya Allah, aku tak pandai nak memuji Mu,
Laksana pencinta, sesuci cahaya,
Ku cuma tahu meminta-minta
Dan yang tak menyabar-nyabar pula.
Aku pemalas, aku perungut,
Aku juga tahu takde gunanya
Andai tiada selari dengan kehendak Mu.
Maka sebelum aku mulai hariku ini,
Aku bermohon padaMU ya Allah,
Ampunilah dan terimalah kami.
Mudahkanlah urusan kami
Dan kurniakanlah kami jalan keluar dari semua ini...
Melihat bayangan di Cermin.
Semua orang sedar apa yang berlaku di dunia Arab. Asap orang yang terbakar dulu, dah merebak ke Mesir, Libya, Bahrain, Yaman, Syria dan tak keterlaluan jika dikatakan banyak lagi kebakaran yang sedang dirangka masa aku tengah bercakap ni. Masyarakat mahukan perubahan, itu cerita asalnya. Kini, semuanya bagaikan satu cerita lawak ulangan macam zaman Iraq, zaman Afghan, zaman Iran. Lastlast yang huru-hara ialah dunia Islam. Yang kebuluran, yang perlukan bantuan, ialah orang aku. Yang tak semayang, lupa tuhan, ialah ummat akhir zaman yang 'beriman'.
Jumlah orang Islam yang ramai berbanding penganut agama lain tak beri impak yang baik kepada dunia. Bahkan, dunia ini semakin jahanam pun terima kasih kepada orang Islam. Jangan salah sangka. Kami bersolat. Kami juga berzakat. Tapi pada waktu di antaranya, kami bagaikan terlupa bahwa kami juga perlu taat.
Perintah Allah itu, sampai kepada kita pada setiap masa. Ada yang 5 kali sehari. Ada yang seminggu sekali. Ada setahun sekali. Ada yang seumur hidup, sekali. Ini semua perintah khusus. Yang ini kalau tak perasan, maknanya masih banyak perkara yang perlu dilempangkan. Tapi kepada yang yang dah tahu, jangan sangka diri tu dah bagus sebab terselamat. Sebab bila dah tahu dan buat-buat tak tahu pulak lepas tu, lempang yang hinggap nantik lebih istimewa dan menyeluruh.
Ada juga perintah yang datang secara tidak langsung. Mak kita kirim balik kang beli susu dua tin, contohnya. Atau bos yang mahukan report customer return ini disiapkan dalam masa yang tak lojik, umpamanya. Ramai perasan dan semakin cemerlang dalam ujian berupa orang mintak sedekah dan derma.
Tapi perasan tak kita ni, orang Islam ni, menjadi agak sensitif dan terlalu defensif bila kita menerima peringatan? Perasan tak kita ni jadi kritikal semacam bila halhal seperti kebersihan hati atau mati atau solat dibincangkan oleh seorang Islam yang lain? Dapat lak yang menegur tu lagi muda atau lagi Noob dari kita. Dah tu, apa yang ditegurnya betul, lak tu!
Dan antara semua 'ke-perasan-perasan-tak-an' itu, kita kena tanya diri sendiri, apakah perubahan dari sudut rohani yang telah kita lakukan sejak dari akil baligh? Adakah jumlah surah hafazan yang kita ingat semakin berkurangan? Balik-balik baca Surah Al-Ikhlas dan Wal-Asr, ajer?
Adakah jumlah sunnah dalam hidup kita semakin bertambah? Atau adakah sekarang ni kita dah kembali ke mandi telanjang? Atau tak pakai seliper dalam jamban? Cuba tengok muka kat cermin. Bila tengok muka tu, ada nampak macam orang Islam tak? Kalau tak nampak dengan muka, cuba ke belakang sikit. Tengok bayangan satu badan. Ada rupa cam orang Islam tak? Orang Islam dok umah pakai seluar bermuda, tak pakai baju ke? Isap rokok, ke? Pegang tasbih ke hulu ke hilir, ke? Ye ke?
Bukan yang menimbulkan persoalan itu yang dipersoalkan bagai nak rak. Atau persoalan yang yang ditimbulkan disoalkan benar ke idak. Patutnya kita terima kasih dengan mereka kerana bersuara. Kerana mereka bagitau mereka bernyawa dan ambik tahu.
hehe.
Adakah anda nak duduk main tengok-tengok? Atau anda nak pecahkan cermin serta frame-frame gambar yang bergantungan dalam hati tu dan buat sesuatu ntuk perubahan itu?
Ayuh! Mulakan dengan berwuduk!
Labels:
Isu Semasa,
Kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)


















