Friday, June 22, 2012

Calon Pilihanraya Umum Ke 13


Aku rasa macam dah tak tahan dengan semua ni. Semakin dalam aku menggali, semakin buntu kepala hotak aku dibuatnya. Pilihanraya dah semakin dekat. Aku dah mendaftar sebagai pengundi. Masalahnya, aku taktau nak undi yang mana sebenarnya. Camana aku nak tau? Bab-bab politik ni, memang aku tak ambik port. Dan ketidakambikport-an aku tu, aku rasa berpunca dek ketahmacamapaan isu-isu yang diperbincangkan tatkala wakil-wakil yang dipilih, bersidang.

Namun, sukataksuka, aku tetap kena pilih. Maka endaktaknak, aku KENA tau serba sedikit pasal politik. Yang aku tau setakat ni, politik kat negara aku ni agak rancak. Pihak yang berkuasa nampak macam dah berubah tapi entahlah. Sementara pihak yang membangkang pula sibuk main kejar-kejar dengan peristiwa lama hinggakan mereka terlupa pasal peristiwa-peristiwa yang bakal menjelma. Landskap dunia pulak, menyaksikan globalisasi yang diterajui kapitalisma, semakin menjalar ke pelusuk geografi dan taraf usia. Informasi menjadi mudah dan umum tapi dunia terasa semakin sempit. Taraf hidup 'dirasakan' bagai telah meningkat, tapi kita semakin kurang senyum kepada manusia yang lain. Banyak nilai yang dahulunya abnormal telah diterima sebagai normal. Keterbukaan minda kepada perbezaan pendapat yang sepatutnya menambahkan peluang untuk harmoni, telah bertukar mencambahkan ekstrimis totaliaris, yang berakhir dengan kekacauan, pembaziran dan pertumpahan darah.

Jadi, ya. Aku buntu dengan arah tuju mana nak ku hala untuk 5 tahun yang seterusnya. Aku termanggu. Dan sedang dalam kebuntuan itu, dia datang.

Dia duduk di sebelahku. Tersenyum. Dia hulurkan tangan kanannya mahu bersalam. Aku memandang tangannya itu. Waswas.

''Tangan gua bersih, la brader. Baru tayamum, laa'' kata mamat tu sambil mengesat baki debu dari sikunya.

''Bukan takde air. Gua waswas jer dengan mutu air paip zaman sekarang'' katanya lagi.

''Kat mana kita tadi?'' aku tergamam. Dia yang baru sampai, tetiba nak tanya aku pulak cam tadi kami berborak.

''Kat mana apa?'' tanyaku dengan wajah hairan, tapi tak bermaya.

''Nak pilih yang mana satu, laaa'' katanya sambil melagukan kata-katanya tadi mengikut lagu Saloma ke apa ntah. Aku terdiam. Aku dah biasa jumpa orang gila yang boleh baca fikiran orang, ni. Sampaikan satu tahap, aku dah mula syak yang sebenarnya, orang gila sebelah aku ni, takde.

''Politik ni kalau kita nak paham, kita kena lukis. Tak boleh main congak-congak. Lu ada kertas? Pen?'' tanya mamat tu tibatiba. Aku tergamam dari keretapi pemikiranku, namun tangan dan jemari meraba ke dalam beg sandang. Aku berikan buku nota dan pen kepadanya. Mamat tu mula melukis sesuatu. Dia lukis tiga segi.

''Ini ialah struktur organisasi yang umum. Kita ada 'kepala' kat atas piramid, dan 'pengikut' kat bawah piramid'' kata mamat tu sambil menulis sesuatu di atas dan tepi tiga ssegi yang dilukisnya. Aku layan jer lagi.

''Dalam piramid ni, ada bulatan. Kemudian kita buat garisan imaginary kat tengah-tengah, macam ni'' sambil dia membuat garis yang membahagiduakan segitiga tadi, termasuklah bulatan dalam segitiga tu.

''Belah sini ialah PRO leader. Belah yang satu lagi, CONTRA leader. Yang bulat dalam piramid ni pulak, adalah puak NEUTRAL'' sambung mamat tu lagi. Aku semakin berminat. Lama jugak aku memerhatikan piramid dan label-label yang orang gila tu lukis atas notepad aku, tu. Dan ia mula masuk akal...

''Ini ialah keadaan ideal, sebuah organisasi yang bernama demokrasi. Setiap elemen dalam piramid itu, sekata'' kata orang gila tu lagi.

''Tapi, kita tahu bahawa perbezaan pendapat sajalah punca kenapa setiap elemen ini terpecah sedemikian rupa. Ditambah dengan ketidakpasti dan ketidakpuasanhati, maka ada 'kuasa' yang terus menerus bertindak dalam organisasi ini...'' kata mamat tu. Aku menggelengkan kepalaku tanda tak paham.

''Dengan ledakan media, golongan neutral semakin bertambah. Globalisasi dan kuasa luar, bertindak ke atas golongan ini. Itu standard''

''Kuasa kedua yang bertindak ialah perbezaan pendapat dari golongan muda yang kebanyakannya berada di bawah piramid (ramai) ke atas golongan tua yang sedang memerintah di atas. Ini kita boleh lihat berlaku di banyak negara Asia Barat dan Asia sendiri macam Korea dan Jepun''

''Pertembungan ideoloji antara puak PRO vs KONTRA tu juga adalah standard. Kedua-dua pihak, cuba menolak garisan tengah yang memisahkan itu ke arah bertentangan dengan program indoktrinasi dan kempen mereka''

''Semua kuasa ini, bertindak ke atas sesama sendiri dan ia berlaku sepanjang masa. Maknanya, jika ada pihak yang terleka seketika, maka pihak yang satu lagi akan terus menguasai'' mamat tu terdiam sekejap. Aku kerutkan keningku tanda tak paham apa kaitan semua benda yang dia terangkan tadi dengan masalah aku, nak undi sapa kat tempat aku nanti.

''Inilah senario politik Malaysia, kalau kau nak tau. Dan kau juga harus ingat, bahawa dalam setiap puak PRO dan KONTRA tu pun, ada lagi piramid yang lebih kurang sama struktur pecahannya. Hmmm'' kata mamat tu sambil pandang langit dan usap janggut. Dia seolah berpikir.

''Abes tu, saya nak undi yang mana masa #PRU13 ni nantik, ni?'' tanyaku pada orang gila tu. Dia tidak memandang padaku. Cuma menjawab:

''Aku pun naik gila memikirkannya''

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails