Sunday, September 11, 2011

Mat Sabu, komunis dan merdeka

Dah dekat 2 minggu aku tak tengok tivi. Ye. Sejak cerita #Supernatural dah takde kat #rtm3, cerita #Smallville pulak dah pulang ke planet Kripton secara tibatiba, aku dah hilang nafsu nak tengok tivi. Kalau tengokpun, sekadar tengok berita setiap hari Ahad jam 1230tengahari. Takpun tengok sitcom tetiap hari pukul 8malam tu.

Tapi, aku perasan yang kengkawan komplen pasal isu Mat Sabu yang memonopoli ruang udara dua tiga menjak, ni. Pada mulanya, aku takdela ambik port sangat. Ni mesti pasal miskomuniskasi, ni.
Isu definasi komunis dalam politik Malaysia tu, mula dipopularkan oleh golongan sosialis dalam PKR. Golongan ni yang memang terkenal dengan keanehan pahaman mereka tentang sesuatu takrif dalam kamus, telah menanamkan benih bahawa makna komunisme yang sebenar lebih bersifat nasionalis dan bukan rasis atau fasis, seperti yang diajarkan dalam bukubuku teks demokrasi.

Dari sini, mereka membawa perspektif para pejuang komunisme tanahair ke media mainstream. Perspektif sebegini sebelum ini merupakan taboo untuk diperbincangkan dalam sebuah negara demokrasi yang masih muda, kini menjadi bualan dan bahan walhal pakcik tua yang sebelum ini taktau pun yang China tu masih di bawah komunisme. Pada pendapat mereka, kemerdekaan ialah kejayaan daripada orang luar. British memang dah lama kat Tanah Melayu. Tapi British pulak masa tu, tengah goyang dek Jepun. Komunis Malaya yang kecoh ni, lahir masa ini lah. Masa Jepun atas, komunis dan British dok dalam hutan. Bila Jepun kalah, komunis lawan British pulak. Dari sini, puak ni kata bahawa komunis ni lah pejuang kemerdekaan. Kahkahkah. Pastu benda ni pusingpusing kat situ jer dari hari tu. Isu 6% ke atas pengguna prepaid pun tak meluas camni.

Yang kelakar sampai ada yang bersepanduk membantah kenyataan Mat Sabu. Lagi kelakar bila ada yang persoalkan Malaysia ni merdeka ke tidak sebenarnya. Dan lawak ni semakin hari semakin menjadi jadi. Tengok ajerlah #bullshitUtama


Dari sini kita lihat betapa setiap butir katakata pembangkang, tindaktanduk mereka, diperhati direkod dan dianalisa. Bahkan, keadaan rakyat marhaen di kawasan jajahan mereka juga, mendapat liputan media dan dunia. Kat sini kita belajar, kalau mau suara anda didengari, pilihlah pembangkang.




Mat Sabu baru naik jadi orang nombor 2 PAS. PAS pulak dalam pakatan pembangkang ni, macam senyaap je. Balik balik DAP. Balikbalik PKR. PRU dah dekat, ni. Mat Sabu berada di posisi di mana dia memang standard la kena buat isu nak kasitau dunia politik Malaysia yang lepas ni PAS akan lantang. Dan isu komunisme ni, dalam bulan kemerdekaan memang simbolik.
Jadi, adakah Mat Sabu bodoh, pengkhianat atau boneka dalam isu ini? Pada aku, dia dah bukak gelanggang. Aku cuma harap dia akan teruskan bergendang sebab ramai sedang berdendang...


Wallahualam

6 comments:

Waqheh said...

gua suka statement2 lu...sokong. bila timbul isu ni ramai plak cerdik pandai, yg bodoh belagak pandai nak ulas isu begini...

Mohammednajib said...

hahaha.salam wan.memang benar semuanya yang bijak pandai men jadi bodoh,semuanya kerana taamakkan kuaSA.DEMI UNDI mereka sanggup berkata apa saja,tidak memikirkan syurga neraka.

karl said...

isu sekarang ni serupa la macam cerita orang buta dengan gajah. bila orang buta sejarah nak bukak gelanggang bersilat pasal sejarah, ini la jadinya. buta tu pulak bukan setakat buta disebabkan jahil, ada yang buta disebabkan perut, buta disebabkan bodoh sombong, buta disebabkan politik.

Irwan said...

Waqheh: isu ni digembargemburkan oleh media. KAlau dah hari-hari RTM3 dok siar cerita Mat Sabu, dah tentulah orang kampung yang takde kerja lain ni, dok borak pasal ituuu jer...So ni bukan salah rakyat yang berborak.

MohammaedNajib: Salam bro! Woi! Lu pergi misi keamanan ke Gaza ke haper lama dah takde? Anyway, kau dah cepat sangat sampai ke kongklusi. Hehehe. Ada banyak benda yang kita kena verify sebelum sampai ke sana. huhuhu

KArl: bro, buta sejarah kalau sebab dah baca, dah kaji tu, bahan yang dah diolah, tak guna jugak, kan? Senang cerita, orang yang dok sokong komunis tu, cuba pergi jumpa dgn orang yang pernah merasa berada dalam cengkaman komunis. Diorang kata takde rasa macam kena bela pun? Tengok ajer cerita Bukit Kepong. Komunis ni nak melawan Polis/British ke, nak melawan rakyat? Balik-balik rakyat yg kena pau....Amender punya perjuangan?

karl said...

Orang dalam komunis tu dulu serupa macam orang dalam UMNO, PAS, PKR, DAP time sekarang ni jugak. Ada yang masuk komunis tu sebab nak lawan British, tapi ada yang masuk komunis sebab nak jadi gedebe, nak jadi samseng. Tapi secara overall memang komunis banyak buat kacau la sepanjang 41 tahun konfrontasi kerajaan vs PKM dulu

Irwan said...

Part oportunis tu memang betul Karl...

kat mesia ni memang ramai

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails