Friday, September 2, 2011

Homeless di Puduraya pada malam Raya 1432H

Berikut adalah video keadaan tempat tidur homeless kat area Puduraya pada malam Raya 1432H (2011). Aku dah tak sampai hati nak interview diorang secara personal atau ambik video dekatdekat. Satu sebab aku sendiri pun nak cepat balik rumah dan bawak anak bini balik kampung malam ni jugak. Sebab kedua ialah aku tak sanggup bermuka sedih dan bengang sepanjang Raya sebab once aku dah tahu akan keadaan orang sebegini, aku susah nak keluarkan dari fikiran aku dan biasanya ia akan terbawa-bawa hingga ke sampai bila ntah.

Aku pun tak berapa pasti apa yang boleh aku buat. Aku pun tak berapa pasti, kenapa aku mudah tersentuh dengan golongan sebegini. Aku pun tak tau. Cumanya, apa yang aku nak kongsikan ialah: di saat kita semua sedang sibuk fokus pada masalah kita nak beraya, ada orang yang malam ni nak tidor kat mana pun tak pasti lagi. Dan orang itu adalah orang yang so called kita claim sebagai SEDARA SEAGAMA.

Aku tertanya-tanya, apakah ertinya menganut agama yang suci ini?

9 comments:

nurul akmar said...

Amat sukar zaman skang ni nk jumpe org2 yg senang tersentuh hati ntuk benda2 yg logik begini. Rakyat lebih tersentuh tgk drama2 swasta sedih2 parah di bulan ramadhan. tp kurang prihatin pd realiti yg berlaku di persekitaran sendiri. Semoga kita membantu semampu kita. semoga org2 homeless ini mendapat bantuan yg sepatutnya. Insya allah

Irwan said...

Aku sedih bila ada pemimpin yang cakap: homeless ni berada di sana kerana mereka sendiri yang pilih.

Beb, semua orang buat silap. Kita yang sealamat nilah pergi tegur dan support dia agar kembali ke jalan yang benar.

Bukan jadikan dia sebagai bad example agar orang lain goyang dengan kita atau apa-apa selain dari membantu mereka...

Marhaenonymous said...

Aku juga cukup tersentuh bila berdepan golongan sebegini.

aku harap sangat agar ada pihak lain yang lebih prihatin dgn golongan ni sepertimana perhatian yg saudara Irwan berikan pada mereka.

bagi aku mereka juga berhak merasa sama kemakmuran dan kekayaan negara dan hasilnya dan bukan hanya utk golongan atasan sahaja.

Irwan said...

Itulah...sesama lah kita merendahkan diri dan cuba mendengar apa cerita mereka ini tanpa bawak sekali perangai nak menghukum tu...

podeh3 said...

salam. ade dua komen, berdasarkan komen2 kat atas pun sudah menunjukkan masih ramai yg kurang prihatin. mane x nye, lau da kena kat batang hidung sendiri atau ahli keluarga pun turut terlibat sama baru la nak ambil serius pasal benda ni. lol..

± said...

bila ada non-muslim charity body kasi penempatan percuma pada muslim homeless ni, baru pakat nak kelam-kabut

Irwan said...

yang sedihnya, non muslim help without boundries while muslim pulak discretely. I mean, which is the syumul religion again?

podeh3 said...

err.. nak tuju lagu leh? haha.. saya ambil kesempatan di sini untuk meminta maap di atas penulisan saya selama ini dan selamat hari raya juga kepada semua yg meraikannya.

Irwan said...

Lu ingat ni radio RTM ke haper...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails