Wednesday, June 22, 2011

Kabel Besar




Dalam banyak-banyak telur ikan dalam lautan, yang satu itu survive dan berjaya menjadi ikan. Dan dalam tah apa bertuahnya ikan tu pada hari tu, dia ditangkap oleh nelayan dan dijual dan dipotong-potong dan di display di pasar pada pagi ini. Aku pun belilah dua potong buat lauk tengahari nantik.

Setelah campuran nasi, sayuran, isi ikan dan sedikit perasa di kisar, aku biarkan ia berjemur di bawah putaran kipas dikelajuan 3. Kasi sejuk sikit. Seminit sekali aku merasa-rasa tahap haba cairan makanan yang bakal kusuap ke mulut anakku sebentar lagi. Dah OK kot? Setelah berjuang selama beberapa minit, suapan pertama berjaya dimasukkan ke dalam mulut anakku. Beliau membuat muka mengenyit pelik. Merasa-rasa dengan lidahnya. Aku mengacah dengan suapan kedua. Beliau membuka mulutnya nak lagi...

Dunia ini adalah Darul Asbab. Sunatullahnya memang begitu. Bagi orang awam, nak hilang lapar, kena makan. Di zaman moden, nak makan kena berduit. Nak berduit kenalah bekerja. Nak bekerja kenalah bergerak. Duduk melepak tak memasakkan nasik.

Rezeki, Allah turunkan bak air hujan. Air hujan memang turun lebat mencurah-curah dengan kaya rayanya, setiap kali ia turun. Namun, orang yang bersedia dan bijak saja yang akan dapat memanfaatkan setiap titisan yang telah diturunkan. Kerana air hujan takkan terkumpul jika tiada bekasnya. Dan bekas menadah yang baik bukanlah yang sebesar muncung botol bukaannya. Air yang tersimpan pula kenalah bijak mencatunya. Serta yang lebih, pandai pula ditukar barternya. Bahkan air zamzam yang Allah tahu boleh mengalir sampai kiamat pun Allah perintahkan untuk dikepungi (zamzam), inikan pula rezeki yang dikatakan turun bak hujan yang sememangnya hak mutlak milik Allah; bila, bagaimana atau banyak mana turunnya.

Mereka yang bijak akan terus menunggu di mata air. Atau ditepian sungai. Kita tak boleh berdengki dengan orang yang telah punyai kolam kepungan yang besar. Ini bukan datang dengan luck. Tapi sebenarnya adalah hasil titik peluh gigih sabar tok nenek moyang mereka yang terdahulu...(OKOK. Memang ada jugak yang dapat durian runtuh atau secara majikal. Tapi kita bukan nak cerita pasal makam tajirid kalini, bukan?)

Maka memang benarlah bahawa dunia ini adalah dunia kabel. Takde kabel, agak sukarlah perjalanan itu. Bahkan dalam hal menuntut ilmu pun kita kena cari guru yang mursyid? Maka samalah halnya kalau kita nak berjaya di dunia...

Soalnya, kamu, kamu dan aku, telah diberikan kabel yang PALING BAEK PUNYA. Kenapa kita mensia-siakannya?



Hehehe.

2 comments:

Fontonk said...

kabel apekah? hehe

Irwan said...

Kabel baek punya...kalau nak dapat, kena tweet dan hantar ke: 24434

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails