Tuesday, June 28, 2011

Bersih?

Bersih 2.0


"Bro, lu join Bersih?" tanya seorang mamat kepada Atan dan Abu yang sedang menyarungkan kasut di tangga masjid. Atan memandang pada Abu. Abu memandang pada kasutnya.

"Kenapa? Bersih tu apa?" tanya Atan dengan muka pura-pura tak tau. Atan dan Abu ni, walaupun diorang selalu dakwa mereka tak pedulik dengan arena politik negara, ini bukanlah bermakna mereka tak uptodate. Mereka mengambil tahu juga. Serupa juga dengan isu ekonomi, pemanasan global, mas kahwin yang semakin tinggi dan harga susu isian sejat yang semakin naik. Bukanlah join tabligh atau tarekat dan tak pedulik lagi dah dengan benda lain. Kelihatan mamat yang bertanya tadi mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.

"Ni, baca ni" katanya menghulurkan sehelai risalah kepada Atan. Sehelai lagi dihulurkan kepada Abu. Abu ambik acuh tak acuh.

"Orang muda macam kita kena join benda ni brader. Kita kena ambik tahu keadaan politik negara kita. Jangan asyik kerja ajer tapi semua duit pergi pada orang yang tak sepatutnya" sambung brader tu lagi. Abu memandang kasutnya. Atan kusyuk menelaah isik risalah tersebut.

"Kalau tak join takleh ke?" tanya Atan. Atan memang gemar melayan.
"Otai ramai turun beb! A Samad Said pun dah kena tangkap haritu pasal puisi dia. Kalau tak join, jangan kecohlah kalau orang tak adil terus berkuasa" jawabnya bagaikan skrip yang dicedok dari mana ntah.

"Pilihanraya Malaysia terdapat banyak sangat kemusykilannya. Aku pun tak tau mana nak mula nak terangkan pada korang berdua..." mamat tu berhenti bercakap dan mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya lagi. Sekotak rokok. Dia offer sebatang pada Atan dan Abu. Mereka menolak. Mamat tu ambik sebatang dan menyalakannya.

"Semangat betul korang ek?" mula Abu. Habis, siap ah mamat ni, bisik Atan dalam hati

"Mesti arr bro! Jangan ingat orang muda ni tahu merempit dan buang bayi jer. Kita pun berjuang jugak!" kata mamat tu bersemangat. Punyalah semangat, separuh dari batang rokok tu disedutnya dengan sekali nafas. Handal peparu budak ni. Dia petik abunya.


"Pilihanraya pandai kau nak jaga. Hati dan tangga masjid tak reti pulak?" kata Abu. Brader tu termakan cili dengan kata-kata Abu.


"Lu BN ke bro?" tanya mamat tu.
"Kenapa kalau ye?" tanya Abu dengan muka tak berminat. Matanya masih terpacak pada kasutnya.


"Lu beria-ria menyokong BN, apa yang lu dapat?" tanya mamat tu.
"Kau beria-ria memperjuangkan benda ni semua, apa yang kau dah dapat?" tanya Abu balik.


"Memangla tak dapat apa-apa lagi. Tapi takkan lu nak biarkan ajer pihak kerajaan menindas rakyat? Dan bila kita nak tukar mereka, mereka tukar sistem agar memastikan mereka sentiasa berkuasa. Ini adil ke?" tanya brader tu pada Abu.

"Entah-entah, bila yang kau perjuangkan tu naik, diorang lagi kronisme, lagi nepotisme, lagi hancus dari apa yang korang cuba nak tumbangkan" kata Abu pula.


"Tapi Bersih ni adalah pasal membersihkan sistem pilihanraya beb! Bukan pasal politik" katanya dengan nada marah. Atan dan Abu dah mula tak berminat lagi. Bukan apa, guru mereka pernah pesan, jangan bercakap masa tengah marah atau dengan orang marah. Mereka geleng kepala. Mereka bangun, salam dan mintak maaf dengan brader tu. Brader tu macam nak tak nak jer salam dengan mereka.

"Rilek la bro. Gurau ajer. Aku yang tak tau apa-apa ni provoke pun, kau takleh nak handle. Camana kalau ada kaki yang bakar korang nantik? Tak ke kekecohan yang akan berlaku nantik? Tak ke itu semua akan memenangkan lagi BN?" tanya Abu.

Mamat tu terdiam. Dia mula nampak point budak berdua ni.

"Aku tak sokong, aku pun tak halang. Tapi aku harap korang jangan jadi anjing. Anjing masa seekor, dia menurut perintah. Jalan pun tunduk kepala. Tapi bila dah ramai, kita pulak yang dikejarnya" kata Abu pada brader tu. Brader tu menyedut rokoknya dengan bersemangat sekali.


"Aku doakan agar tak jadi kekacauan macam kat dunia Arab kat Malaysia ni" kata Atan pada Abu sambil mereka melangkah keluar dari perkarangan masjid. Dari jauh, brader tu memanggil mereka lagi.

"So, korang join ke tak?" tanyanya.

"Kami keluar tabligh masa tu. Lu nak join kami?" tanya Abu.


Brader tu senyap dan minta diri ke tandas. Hmmmm
Perhimpunan BERSIH yang sebenar

6 comments:

Muhammad Fahmi said...

assalamua'laikum der...

ade betolnye ape yg dicakapkan oleh tuan tu...

drpd diorg buat perkara2 dunia walaupun diorg ade rasa kebaikan pd diorg, baiklah keluar di jalan Allah. :)

Waqheh said...

gua sokong lu bro....jgn jadi anjing bila yg tunduk bila sekor...mtk BERSIH tapi hati dgn tuhan KOTOR pe kejadah...tolong gitau mamat tu...tak puas hati jumpa gua...

Irwan said...

Sabar.... Point yang paling utama di sini ialah kita semua saling menghormati antara satu sama lain. Kita lemah dalam perjuangan bab politik, kita support mereka yang kuat. Mereka lemah part berdakwah, kita ajak mereka.

Kita ni tak sempurna. Tu sebab kita ni kena berjemaah...Dan bila dalam jemaah, kiat kenalah pepandai mengurus semangat dalam diri dan kengkawan kita.

Aku cuma risau kita ni semua dianjingkan nantik keran kelemahan utama kita ialah ketelitian

stupidromance said...

likelikelike.. suka cara u berfikir :)

stupidromance said...

mx share ?

Irwan said...

terima kasih cik percintaan bodoh. Share la. Copy paste pastu ngaku u punya pun i tak kisah...

Ilham milik Allah. Saya ni asbab ia sampai kepada tuan-tuan semua jer...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails