Saturday, February 19, 2011

Bila papa pakai seluar pendek kat Giant...



Sentiasalah menjaga penampilan diri tak kira di mana anda berada

Bila kita tengok kemungkaran di depan mata, apa yang kita buat? Apakah yang kita rasa? Atau adakah kita tak rasa apa-apa? Lebih menyedihkan lagi jika kita mensyiarkan sokongan kita terhadapnya pula. Tapi persoalannya, bagaimana harus kita MELIHAT sebuah kemungkaran itu? Kita ambil contoh paling simple: katakan pakcik yang beratur depan kita kat kaunter beli belah ni ialah seorang Melayu yang berseluar pendek. Dan kita pun takde pilihan lain selain beratur di belakangnya sambil cover-cover tak nampak pangkal spender dia bila dia membongkok dan betulkan barang dalam troli dia.

Pertentangan mata yang pertama, kita senyum seikhlas yang boleh padanya. Ini ialah hak dia. Bagi salam kalau boleh tapi dalam nada yang mesra dan satuMalaysia. Tengok respon dia. Kalau dia jawab dengan OK, cantek. Kalau dia bengis dan menoleh, lagi cantek. Sebab takyah layan dia lagi dah.

Bila dia layan kita, mulakan dengan soalan bodoh macam: "Banyak abang shopping?" atau "Nak kenduri ke?" atau kalau dia tengah congak barang barang dia, kita cakap "saya ada sabun lebih kalau abang tak cukup"...Kasi dia ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. Kalau dia layan, kita teruskan. Kalau dia bolayan, lagi cantekkkk.

Kemudian NIATkan dalam hati yang kita mahu menegur perbuatan mungkarnya. Kita menegur sebab takut ini adalah ujian keimanan Allah terhadap kita. Kita takbley lepas peluang untuk berjaya. Tapi sebab kita nipun lemah, maka kita cakaplah sesuatu yang relevan dengan teguran yang nak disampaikan, mengikut kreativiti kita:


"Maafkan saya, tapi...abang ni, seksi-lah"

atau


"Abang ni rupa, macaaaam adik bongsu saya"

atau


"Mesir dah berubah, Malaysia bila lagi agaknya?"

...ikut keberanianlah. Kalau tak berani tegur, dah cukup teguran lisan dengan memberi salam tadi, sebenarnya...hehehe. Tapi niat tu kena betul. Kalau tidak, tak dapat pahala. Silap aribulan, pakcik tu masuk kanan, kita pulak yang masuk kiri sebab kerek semasa menegur...


Walaupun cadangan yang diberikan di atas agak tak masuk akal, mesej pentingnya di sini ialah:

1) untuk kita lebih sensitif terhadap kemungkaran,

2) ada rasa tanggungjawab dan mula ambil langkah proaktif dalam nak memperbetulkan kemungkaran dan

3) mengingatkan bahawa niat itu lebih penting daripada perkataan yang digunakan dalam menegur tu.

4) Menggalakkan semua untuk dapat tahap iman "menegur dengan lisan" daripada asyik dok di takuk " diam, benci dan doa" ajer...

5) Men-sound mereka yang masih atau yang berminat dengan budaya berseluar pendek (macam orang Arab kat KLCC tu). Berubahlah sebelum terlambat.

6) Peringatan kepada aku kalau aku screw-up satu hari nantik dan pakai seluar pendek jugak.

Wallahualam...

12 comments:

Ana Aisyah said...

pernah gak terserempak ngan pck yg pakai seluar pendek giler cam tu.. sungguh tak patut pakai kat umum..org nak lalu pun jadi segan jadinya. nak tegur plak xberani :P

mae said...

pakai seluar pendek pegi shopping untuk nampak lebih cool aku rase....ape yang cool pun tak tau la...

Marhaenonymous said...

zaman sekarang ni makin kurang kain makin mahal harga pakaian tu..ni semua jenis manusia yg takda otak sebenarnya,kononnya dia lebih advance dr org lain..bila undang2 manusia,contohnya kalau x pakai tali pinggang keledar waktu memandu dia ikut sebab takut kena saman tapi bila undang2 Islam x boleh tunjuk aurat dia tak ikut plak..

Irwan said...

kat klcc budaya ni semakin menular ke orang tua...

± said...

tak ikut trend, tak maju la, beb
hahaha..

~* chirpy_chummy *~ said...

slua pendek yg d bincangkan ni, yg atas lutut or bwh lutut?

Irwan said...

of course la yang nampak kepala lutut.
baru nampak "kapla", ye tak?

sibbaik tak nampak kaplabana

ali said...

haha, kaplabana apa kebendanya tuu..

itu baru kes lelaki yg pakai seluar pendek, belum lagi kes gadis2 yg berlambak-lambak tak pakai tudung kat luar sana tu yg dah sampai tahap menjadi kebiasaan,

yg pakai tudung pulak ada yg berpakaian ketat sampai nampak bentuk punggung,pergghh pengsan den dibuatnya.

nak ditegur serba salah, yelah dirini pun tak betul nak tegur org lain pulak.

~* chirpy_chummy *~ said...

owh.. urmm.. btol kate ali tu. tp kes yg pompn ramai da yg bersoal jawab..tp tang kes laki2 ni, jarang org nk perkatakan. yep, myb sbb ramai perempuan yg da berpakaian mcm tu. tp laki, x seramai perempuan kot...perhaps.

Irwan said...

sebab tulah kita kena tukar approach kita menangani masalah ni...

ada idea?

Z H said...

aku akan beranikan diri aku lepas ni untuk menegur pasal benda ni dekat orang lain, insya allah ..

Irwan said...

bebaik, ye...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails