Salam kepada semua
Apa cerita?
Kerja semua dah OK ker?
Bos yang marah dah reda?
Hutang dah bayar kat member?
Hari ini aku takde
Tapi payabesarpedas tetap ada cerita
Sebab aku takmau korang kecewa
Datang sini nak membaca
Tapi update takder
Aku bukan budak high tech
Yang dok bandar dengan gadget
Aku main blog pun kat CC
Menaip pun bertatih lagi
Aku tak reti nak ber FB-FB
sebab takde sapa pun yang ingin mengerti
Bahawa semua ini hanyalah khayalan
Mainan buangan masa di saat keboringan
Sedikit ruang eskapisme dalam kehidupan
Yang semakin dewasa semakin membosankan
Kadangkala aku tertanya
Mana sudahnya
Adakah aku akan terus begini?
Menggadaikan esokku kerna nak hidup harini?
Adakah aku akan nikmati taubat?
Atau keturunanku akan terperangkap juga
Dalam vicious circle yang kubuat?
Takkan habis jika kita mencari
Apakah erti semua ini?
Kerana yang penting di saat ini
Adakah aku dalam keadaan yang bagus
Jika aku mati.
No comments:
Post a Comment