Kadang-kadang dunia ini terasa sempit. Hidup ini amat perit. Toleh ke kanan susah. Toleh ke kiri, duit. Rasa macam takde tempat nak melarikan diri. Takde siapa yang pedulikan kita lagi.
Tatkala itulah dia datang. Dia bertopengkan seorang kawan. Dia memujuk rayu, dengan alasan kononnya amat memahami perasaan. Dia akan melemparkan pelbagai soalan. Dari soalan yang mudah hinggalah kepada yang membingungkan. Dia mahu kita keliru. Dia mahu kita rasa kecewa. Dia mahu kita rasa camana dia rasa. Soalnya, dia mahu kita kecewa dengan sapa?
Dia mahu kita kecewa dengan hidup kita. Dia mahu kita bencikan takdir kita. Ini ialah syirik. Bila kita dah syirik, maka pintu hati yang ditutup dengan syahadah tadi akan terbuka. Maka askar-askarnya akan masuk dan racun kita agar kita membuat dosa. Mula-mula dosa kecik. Lepas tu evolve ke dosa besar pula.
Seandainya kita tak beristighfar dan perbaharui syahadah kita (solat), maka mereka akan terus menggodam jiwa kita. Semua orang rasa macam tak betul. Kitalah mangsa. Kita ajerlah yang selalu dikenakan.
Kemudian kita akan mula bersendirian atau rasa kesepian. Dia akan sentiasa menemankan agar memastikan kita sentiasa bergerak ke arah yang dirancangnya. Dan jika kita tak kembali ke dalam jemaah, maka kita akan makin jauh dari Allah.
Ketahuilah kawan-kawanku sekalian. Usaha setan dalam menyesatkan manusia tak pernah berhenti. Walau camana cibai pun mamat kat depan kita ni, ketahuilah, dia bukan musuh kita sebenarnya.
Musuh kita ialah setan yang ada dalam diri kita ini. Jangan tertipu. Jangan terpedaya. Jangan layan pun perasaan-perasaan emo yang datang dalam diri kita.
Jangan suka dok bersendirian. Kerana kambing yang keseorangan, sangat mudah untuk diserang oleh serigala jadian...
4 comments:
Wah... mendalam tu... :)
http://abahmila.blogspot.com/
takdelah dalam sangat...
nice renungan. Tapi kalau berdua dua pun bahaya jgk. ada je party ketiga yg rasuk hahah
fontonk, ni dari seorang lelaki kepada seorag lelaki, laa...(lagi saiko bunyinya?)
Post a Comment