Tuesday, November 30, 2010

Atan dan Abu (Awal Muharram)

"Tan, Selasa depan kau free tak?" tanya Abu lepas dia keluar dari bilik mandi. Nampak sangat dia berpikir semua ni masa dalam bilik air tadi.

"Ntah. Kenaper?" tanya Atan.

"Aku ingat nak pakai khidmat kau ikut aku pergi Meru" kata Abu.
"Jauh tuu..Kan aku kerja hari Selasa. Weekdays, tu" jawab Atan memuncungkan bibirnya.

"Selasa depan cuti, la. Awal Muharram" kata Abu.
"Oh? Ye ke?" kata Atan blank.

"Amender la kau ni, orang kapir pun tau selaser depan awal muharram, walaupun dia tau sebab kompeni cuti jer" kata Abu lagi menyucukkan puntung rokok ke luka di dada Atan. Atan seperti biasa, memang dah biasa jadi bahan bila depan Abu.

"Patutlah akak kat kompeni aku cakap ada tournament boling pada hari tu" kata Atan lagi.

"Amenderla korang ni. Bila cuti, pergilah tengok orang berarak ke, sambut Awal Muharram tu dengan bersolat dan berselawat ker. Ni pergi main boling" cucuk Abu lagi. Mungkin harini ialah hari Abu. Well..Harihari pun hari Abu bila in terms of dengan Atan ni...

"Tapi hadiah dia lumayan ooohhh. Seribu oooo" kata Atan. Atan mengangkat-angkat keningnya. Dia tersengih evil kepada Abu.

"Aku boleh masuk?" tanya Abu sinisterly.
"Boleh. Alahhh. Cam tak beser plak?" kata Atan.

"Joinnnnnn" kata Abu sambil mengangkat tangan kirinya macam nak jadi Ultraman.

"Camner dengan perarakan kau?" tanya Atan pada Abu yang sedang praktis baling bola skru.

"Arak tak arak. Seriiibuuu, tuuuuu" jawab Abu sambil meperkemaskan balingan skru nya dua tiga kali...

Abang karkun dan brader bus stand yang mengushar mereka melalui CCTV hanya menggelengkan kepala mereka...

4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

haahaha..tetiba tergelak..ade CCTV plak ek?

Irwan said...

CCTV tu tamsilan kepada karamah para wali yang berupaya melihat para mureednya...Kalau aku cakap karamah kat luar kang, orang kata aku ni anak Pin atau reincarnation Ashaari plakkk

± said...

setiap entry kau tu tak direct tapi cukup utk difahamkan

contoh yg dilakonkan oleh atan dan abu tu adalah something yg common dlm masyarakat.sape tak nak duit!haha..kesian kat abg karkun n brader bus stand.org2 camni seciput, nak handle org2 cam atan abu tu mewakili org2 cam aku yg berjuta lemon...pehh..keje berat

Irwan said...

dark, para guru pendidik hati takkan bimbing SEMUA orang. Hanya mereka yang MAHU sahaja...Aku nak bawak kau jumpa guru aku (http://sufimas.blogspot.com/) dan kita sama-sama merungkai masalah dalaman kita ni...masalah TENAGA dalaman...hahaha

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails