Wednesday, September 22, 2010

Atan dan Abu (Solat tutup mata)


"Abu, kenapa masa kau solat tutup mata?" tanyaku selepas Abu selesai bersolat sunat. Dia memandang aku. Mata kami bertentangan sekejap. Kemudian dia berpaling mengadap kiblat semula.

"Aku taknak perasan" jawabnya. Aku paham. Kalau bukak mata, kadang-kadang kita ternampak solat orang sebelah. Dan masa tu kita akan rasa macam kita lagi bagus dari mamat tu sebab mamat tu dok bergerak-gerak dan tergaru-garu. Aku rasa macam berpuas hati jer dengan jawapan Abu.

Seminggu berlalu. Kemudian satu hari, selepas solat Maghrib, aku terjumpa kembali dengan Abu yang bersolat tutup mata. Tapi masa selain berdiri, dia bukak mata. Aku taknak tanya dia. Aku pegi tanya Atan .

"Sebenarnya, Abu baru capai tahap kusyu'" mula Atan.

"Masa Abu solat, dia dapat rasakan dia kat depan Kaabah, mengadap Hajarul Aswad"
"Tiap kali dia bukak mata jer, dia terpandang Hajarul Aswad. Tapi sebab takut terperasan, maka Abu solat tutup mata..." jawab Atan.

Perghhh Abu..dasat laaa.

5 comments:

± said...

aku penah terbaca yg solat tutup mata hukumnya harus jika mendatangkan khusyuk tapi ada pendapat mengatakan makruh sebab menyerupai kaum yahood

tapi aku sendiri rasa lebih kusyuk bila pejam mata kekadang tu sebab member serumah suka buat lawak tanpa niat nk ganggu solat aku

Irwan said...

ikut kemampuan dan niatlaa..pada aku yang jahil dan tak pernah rasa kusyuk ni, apa saja yang membantu kita kuyuk dalam solat, aku akan try.

Apa yang aku jumpa setakat ni:

sebelum wudhu, sugi dengan kayu sugi ikut cara nabi.

lepas tu ambil wudhu dengan air yang sedikit. ini aku tengok dipraktikkan dengan jayanya oleh abang karkun.

masa ambik wudhu pulak, kena kusyuk dengan lintasan hati (kenapa kita basuh tangan, kaki dsbnya)

lepas tu, bersolat.

solat ikut rukun dan sunnah. dan faham makna setiap bacaan.

paling penting masa syahadah tu. kena paham bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan kita ni hanyalah makhluk yang terhegeh-hegeh nak jadi hamba Nya. Setakat ni, yang diiktiraf kehambaannya hanyalah Nabi Muhammad SAW.

Sepanjang solat kita mau rasa kita nilah batu paling munafik sekali dalam seluruuh creation Nya dan solat kita ni takde nilai nya

Lepas tu, lepas solat kena istighfar sebab solat kita tadi tak fokus, garu sanasini, dan main-main.

Sapa fokus buat sumer ni masa solat, camtulah dia fokus dalam kehidupannya.

Wallahualam

Irwan said...

maka orang itulah BERJAYA.kalau main-main masa solat, dia main-mainlah dalam hidupnya.

Sapa yang nak baguskan solat, dia nak baguskan hidupnya. Dan sebagainya..

Ah, malaslah nak citer. Aku bukan ustaz pun. Kau pegilah ceramah lagi baik.

± said...

memang ada ikut ceramah walaupun x istiqomah tapi suka jugak layan ceramah rare kat sini..pehh..aku dah mula pakai perkataan istiqomah tu..cam poser

aku tau kau bukan ustaz.at least dpt input tambahan

Irwan said...

tak bro. kiat semua wajib pergi ceramah sekali seminggu (khutbah Jumaat).

Pastu kena cari kelas pasal tauhid

disamping tu kena hadiri kelas pasal sirah dan hadis nabi

pastu kena join kelas mengaji Al-Quran..

Sumer tu ada kalau kita keluar 3 Hari dengan abang karkun and the gang...(lagi senang)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails