Sunday, August 29, 2010

MARDEKAAA!!

Gambar paling famous pada bulan Ogos
Setiap tahun, sebagai rakyat Malaysia yang menghabiskan 20% masa dalam sehari di depan skrin (TV atau PC), aku perasan kehangatan Ramadhan dengan bermulanya iklan-iklan Raya di TV. Iklan diskaun. Iklan pakaian. Iklan kemasyarakatan. Macam-macam. Dan serupa dengan Ramadhan dan Raya, aku akan diingatkan kepada 31 Ogos melalui iklan-iklan Yasmin Ahmad dengan Petronas. Namun, sejak pemergian beliau, aku dah tak terasa kehangatan sambutan bulan kemerdekaan.
Aku taknak letak gambar Yasmin sebab takde gambar beliau pakai tudung
Minggu depan dah nak 31 Ogos, dan kerajaan risau dengan kurangnya jumlah bendera yang dikibarkan. Penjelasannya mudah: tahun ni merdeka pada jatuh hari Selasa. Isnin ambik cuti. Balik kampung dari Jumaat lagi. Dan sudah tentulah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan hambar sebab bulan Ramadhan. Orang Malaysia yang memang terkenal sebagai rakyat yang suka berpesta, hanya nampak 31 Ogos sebagai cuti. Diorang tak nampak allahyarham Tunku Abdul Rahman. Diorang tak nampak Sarjan Hasan. Malah dah ada orang Melayu mangkuk yang anggap cerita Bukit Kepung tu berbaur rasisme. Apa yang bermain di benak diorang: barang mahal, duit sikit. Jadi, dari menghabiskan duit beli bendera yang akan dibuang, baik simpan duit tu untuk bayar zakat atau bagi duit pada fakir miskin (ye lah tu).

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails