Tuesday, July 13, 2010

Kita, mug dan realiti.



Ini ialah mug. Sejak dari kecik, aku diajar bahawa inilah rupa sebijik mug. Mug aku cantik. Seramik dan tahan panas. Ada sudu. Ada gambar bunga. Isiknya saja yang berubah-ubah. Kadang-kadang air milo. kebanyakannya air nescafe. Aku suka minuman yang kaw.

Tapi member aku cakap, mug tu ada telinga. Dia kata mug tu ada sudu, telinga kat tepi dan ada gambar bunga. Aku yang tak pernah tengok camana rupa telinga mug, terkial-kial la cuba nak membayangkan camana rupa telinga mug dari tepi. Dan kami akan bertelagahlah sebab masing-masing tegas dengan pendirian masing-masing pasal sama ada mug tu ada telinga atau tidak pada hakikatnya.

Datang sorang lagi member kitorang, dia ketawakan kitorang. Dia kata mug tu mana ada gambar bunga. Dan telinga tu bukan kat tepi, tapi kat depan. Dan kitorang pun main gado-gado.

Last-last, barulah kami tau bahawa kami sedang membincangkan tentang sesuatu yang sama, tapi dari sudut yang berlainan.


Dan semua aktiviti di atas, membuatkan kami terpikir bahawa, sudut pandangan peribadi kami ini, hanyalah salah satu dari spektrum yang menerangkan secebis dari keseluruhan kebenaran. Ada yang tengok dari sisi. Ada yang pandang dari depan. Ramai juga yang perasan, pandang dari atas. Dan kelamaan kami mengakui kepelbagaian perspektif ini namun, kami tetap tertanya-tanya: apakah hakikat mug ini sebenarnya? Apakah penting kita mengetahui akan sifat lahiriah mug itu sebelum mengguna seraya menghargai kebergunaannya? Atau perlukah kami mendalami ilmu pembuatan mug itu sendiri? Atau adakah mug ini akan lebih gempak jika dibuat dari stainless steel? Camana rupa telinga tu nantik? Boleh pakai sudu yang sama ke?

Tengah sibuk-sibuk hairan dengan mug, tiba-tiba si Pencipta ganti mug tu dengan mangkuk pulak.

Barulah kami tahu bahawa, jangan buang masa sangat dengan benda-benda ni sumer. Kalau banyak sangat masa, kenalilah si Pencipta itu sendiri.

Wallahu'alam

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails