Sunday, May 16, 2010

Iklan



2 comments:

scuba said...

salam semua. Ni ialah sedutan iklan dalam Schizo#1. Izinkan aku bagitau kenapa iklan ni bermakna pada aku.

Masa aku nak mula jual Schizo, aku kena ada marketing plan. Aku takboleh dok kat tepi pintu, susun zine aku dan harapkan orang ramai akan tertarik dengan susunan zine tadi dan berenti dan check out zine tu dan mungkin bernasib baik untuk tertipu dan beli. Tak boleh. Aku kena ada plan. Jadi aku buat iklan ni dan letak kat centerfold zine aku.

Bila aku dok depan pintu gig, aku akan berdiri, sambil bermuka ceria. Aku akan perati setiap orang yg lalu dan sesapa yang eye-contact dengan aku, aku akan approach. Aku akan sorong zine ni kat muka dia dan terus bukak page yang ada iklan ni. Tak susah sebab iklan kat tengah. Dia akan baca iklan. Aku baca muka dia.
Kalau dia suka, aku akan terus henjut kegempakan zine aku sampai mamat tu tertipu dan beli 2-3 copy zine aku. Satu untuk dia, satu untuk member dia, dan satu lagi untuk awek yang dok berdiri kat belah kiri pintu gig yang mamat ni dok usha dari tadi...
Tapi kalau dahi dia berkerut masa baca iklan, aku akan terus potong fikiran dia dengan menarik perhatian dia ke benda2 lain yang dijual oleh member2 aku macam bangle, patches, demo, dan lain2. Aku akan cuba buat dia tersenyum kembali dengan lawak bodoh atau kerenah aku dengan kengkawan aku. Dan bila dia dah lembut balik, aku pun terus try jer tolak zine aku tu. Aku cakap baru 2 ringgitla, murahlah, tak rugi lah, harini last lain kali kami jual RM10 satu lah, awek tu pun belilah, macam2...

Dan Allah biasanya berikan kejayaan kepada aku. Dapatlah balik modal, untung tu aku beli rokok, belanja kawan, beli tuti, dan apa2 lagi gaya hidup remaja aku pada masa tu.

Iklan ini mengingatkan aku betapa susahnya aku nak dapatkan sebuah RM2 dan betapa kita mesti ada plan kita sebelum kita pergi berperang. Jangan pergi berperang dengan angan-angan....Wallahu'alam

abd.razak said...

tu r..
it so meaning full.
luck = effort + timing

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails