 |
''Sapa nak beli lembu, angkat tangan. Zat! Kau takyah!'' |
Semboyan telah dibunyikan,
Tangan pun dah dihayunkan,
Para pemuka semakin beria-ia
Sedangkan rakyat masih leka ke sini sana.
 |
''Gua saspek, PRU diumum pada...1/2/12...'' |
Pilihanraya di Malaysia datang lagi
Ia bukanlah masa untuk membuang undi
Tapi saat gembira untuk berjoli
Melepak di balairaya sampai ke pagi
 |
Masa PRU ajer mat rempit dipanggil BELIA |
Yang tah sapa-sapa, mula menjenguk muka,
Tetiba datang berkonvoi, sibuk nak salam dengan uwan kita
Salam berisi, senyum berhamper
Cakap meletup, janji berjela.
 |
George Waibi belajar cara berpolitik dari Malaysia
masa persidangan isteri-isteri pertama dari Afrika hari tu |
Yang perasan biru, mula sibuk menyeterika batik
Mula kembali bersongkok, tangga masjid tak pernah naik,
Selama ni balairaya sarang kambing dan penagih,
Sekarang manjang penuh, siap berhalau baru nak balik.
 |
Susah payah gua tak berplastik setiap Sabtu. Sekarang? |
Tokey PA system dan khemah dan katering,
Masa nilah nak penuhkan jadual, nak ambik booking.
Yang budak-budak pun dah pandai tendering,
Ambik upah, pasang bendera dan bunting.
 |
Setakat nak pangkah, adik pun boleh mengundi. Itu pun susah ke? |
Pilihanraya di Malaysia
Hanyalah perlawanan persahabatan.
Kalah menang dah ditentukan
Cuma sapa yang kena kalini ajer
Yang kita tunggu nak ketawakan.
Amender laaa