Friday, November 12, 2010
Kita, mug dan realiti (surga atau neraka?)
...dan manusia dibiarkan buat seketika. Ada yang merengkok dalam neraka menghadapi siksaan sementara. Ada yang dah masuk syurga, menikmati keindahan dan nikmat yang kekal selamanya. Kemudian, Allah memerintahkan:
"Tutup pintu neraka. Maka rugilah kamu semua, selama-lama-lama-lama-lama.......nya"
Maka para malaikat bertindak menutup pintu neraka. Maka terdengarlah jeritan dan raungan mereka yang ada di dalamnya. Kerana selepas tertutupnya pintu neraka, maka takkan ada lagilah manusia yang berpeluang untuk mendapat rahmat dan keampunan dan keluar darinya...Namun, mereka masih menaruh harapan kerana pintu syurga masih terbuka...
Kemudian Allah memerintahkan:
"Tutup pintu syurga. Berbahagialah kamu semua selama-lama-lama-lama...nya"
Maka para malaikat bertindak taat dengan menutup pintu syurga pula. Kalini raungan dan jeritan manusia lebih kuat lagi. Ada yang meraung dan menjerit kerana gembira. Ada juga yang berduka kerana ada ahli keluarga mereka yang masih di neraka. Tapi raungan yang paling kuat adalah dari manusia di neraka kerana musnahlah sudah harapan mereka. Tiadalah lagi chan untuk mereka memohon rahmat dan kasihan dari Allah.
Kerana tempat pengakhiran manusia hanyalah dua: Syurga atau neraka. Takde yang dibiarkan dipertengahan melainkan di sesatkan oleh setan.
Buatlah pilihan anda. Apa? Anda tak percaya? Anda kata saya gila?
Jika saya menipu dan semua ini tahyul, maka beruntunglah anda. Tapi bagaimana jika apa yang saya katakan ini ADALAH BENAR? Mahukah anda terima RISIKOnya?




"syurga atau neraka?"
ReplyDeletesemua mahu ke syurga ttp amalan
hanya layak ke neraka...
Bahawa sesungguhnya syurga dan neraka itu benar.. kita dalam perjalanan yang jauh.. kanan atau kiri??
ReplyDeletehidup kat dunia ikut firaun, Qarun, Namrud, tapi bila dah mati, baru nak ikut Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad. Ini cerita Kartun.
ReplyDeletesmstinya mahu ke syurga tapi tu la..adakah amalan kita cukup utk kesyurga ...
ReplyDeletetakut bila difikirkan,..
berusaha untuk ke syurga.. semoga jauh dari bisikan syaitan
ReplyDeleteinilah perjuangan yang sebenarnya..perjuangan untuk kembali ke kampung
ReplyDelete